Setelah anda buang air besar anda mendapati mangkuk tandas itu dipenuhi dengan najis hijau. Sudah tentu pada ketika itu anda akan terkejut.
Ia mungkin disebabkan makanan yang anda makan. Tetapi ia juga boleh disebabkan perkara lain seperti:
Penyakit yang berkaitan dengan perubatan
Pengambilan antibiotik
Jangkitan bakteria
Kenapa najis selalunya berwarna Coklat?
Warna najis selalunya berwarna coklat adalah disebabkan salah satu proses penguraian sel darah merah yang menghasilkan kompaun bilirubin.
Proses ini berlaku di dalam hati dan bilirubin ini akan dirembeskan ke dalam saluran usus dan warna kompoun yang berwarna coklat kekuningan inilah yang akan mewarnakan najis kita.
Selain daripada itu, hati kita juga akan merembeskan jus hempedu yang berwarna hijau. Jika pergerakan usus terlalu laju sebagai contoh dalam pesakit yang mengalami cirit birit, ia boleh menghasilkan najis yang berwarna hijau.
Punca najis hijau
Najis hijau selalunya berlaku pada kanak-kanak dan juga bayi. Tetapi ia juga boleh berlaku pada orang dewasa. Berikut adalah beberapa punca yang boleh menyebabkan najis seseorang itu berwarna hijau. Ia adalah:
1. Makanan yang kita makan
Punca utama yang selalunya menyebabkan najis menjadi hijau adalah disebabkan makanan yang kita ambil. Beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan najis kita berwarna hijau adalah
Kubis kerinting (Kale)
Bayam
Brokoli
Blueberries
Sayur-sayuran hijau gelap selalunya mempunyai komponen kloofil yang banyak. Perkara ini juga merupakan salah satu punca kepada najis berwarna hijau
Makanan yang mempunyai perwarna berwarna hijau juga boleh menyebabkan najis anda berwarna hijau
2. Pigment hempedu
Jus hempedu merupakan salah satu komponen yang dihasilkan oleh hati dan disimpan dalam pundi hempedu. Jus hempedu ini berfungsi untuk meningkatkan kebolehan badan untuk menguraikan lemak dalam makanan supaya ia lebih mudah untuk diserap dalam badan.
Akan tetapi jika pergerakan usus anda terlalu laju sebagai contoh disebabkan cirit birit, ia boleh menyebabkan hempedu itu tidak sempat untuk dicernakan menyebabkan najis yang terhasil adalah berwarna hijau.
3. Penggunaan antibiotik
Jika anda baru sahaja selesai menggunakan antibiotik, antibiotik itu mungkin akan membunuh sebahagian besar bakteria baik di dalam usus. Ia mungkin menyebabkan bakteria tersebut tidak dapat menguraikan kompaun di dalam jus hempedu menyebabkan najis masih berwarna hijau
4. Prosedur perubatan
Najis hijau juga boleh berlaku apabila melakukan sesuatu prosedur perubatan seperti melakukan pemindahan sumsum tulang. Setelah prosedur itu dilakukan pesakit mungkin akan mengalami cirit-birit yang menyebabkan najis menjadi hijau
5. Jangkitan kuman
Jangkitan kuman yang menyebabkan seseorang itu mengalami cirit birit boleh menyebabkan masalah ini berlaku
Adakah najis hijau petanda kepada kanser usus?
Anda dinasihatkan untuk tidak terlalu risau apabila anda menghadapi perkara ini kerana ia bukan petanda kepada kanser usus.
Selalunya pesakit yang mengalami kanser usus akan menghadapi najis yang mempunyai darah.
Najis hijau pada bayi
Najis hijau pada bayi juga mempunyai punca yang sama iaitu selalunya disebabkan cirit-birit. Seperti yang diberitahu di atas bahawa jus hempedu yang dihasilkan berwarna hijau. Selalunya ia akan diuraikan hingga menyebabkan kompaun yang terhasil adalah berwarna kuning.
Tetapi apabila pergerakan usus terlampau laju disebabkan cirit-birit, pesakit mungkin akan menghasilkan najis yang berwarna hijau
Rujukan:
Carter, A. (2015, October 8). Why the black Whopper turns your poop green. USA Today. usatoday.com/story/news/nation-now/2015/10/08/why-black-whopper-turns-your-poop-green/73623596/
Mayo Clinic Staff. (2015, September 19). Green stool: Definition. mayoclinic.org/symptoms/green-stool/basics/definition/sym-20050708
Picco, M. F, (2016, October 6). Stool color: When to worry. mayoclinic.org/stool-color/expert-answers/faq-20058080
Wisconsin’s public health sleuths take to the lake. (2014, January 2). cdc.gov/foodcore/successes/wisconsin-sleuths.html
sumber: ediagnosa
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel