≡ Menu

5 Perkara Yang Anak Anak Belajar Daripada Ayah Yang Soleh


Pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya sering dikaitkan dengan didikan awal anak-anak yang seharusnya di mulakan di awal usia lagi. Setiap ibu bapa pasti menginginkan anak-anak membesar menjadi insan berguna yang bukan sahaja bijak dari segi akademik tetapi juga dari aspek tingkah laku dan adab-adab yang baik.

Sebenarnya, anak-anak bukan sahaja belajar sesuatu ilmu yang baru di sekolah tetapi juga dirumah bersama ibu bapa dan keluarga. Mereka juga belajar melalui pemerhatian terhadap sikap, sifat dan tingkah laku ibu bapa mereka. Oleh itu ibu bapa perlu menunjukkan contoh dan teladan yang baik untuk dijadikan panduan dan ikutan anak-anak.

Entri kali ini berkongsi antara lima perkara yang seorang anak boleh pelajari dari ayahnya di rumah yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif di laman Facebooknya.

Mari ikuti perkongsian berguna ini.

5 Benda Anak Belajar Daripada Seorang Ayah

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

1. Anak belajar KEMAHIRAN BERUNDING

BACA:  Pelik Betul. Orang Sebelah Tak Kena Gigit Pun, Tapi Kita Kena Gigit Dengan Nyamuk!

+ Dengan mak, anak anak ni boleh mintak apa apa je sebab mereka tahu mereka boleh manipulasi mak mereka lebih daripada mereka boleh manipulasi ayah.

+ Ayah ni sifatnya lebih authoritative. Mereka terpaksa gunakan cara yang lebih halus untuk tackle dan tawan hati si ayah ni. Daripada situ mereka belajar skill berunding yang mana sangat diperlukan bila anak kita dah masuk ke alam pekerjaan nanti.

2. Anak belajar IKUT ARAHAN

+ Walaupun yang biasanya membebel ni emak tapi arahan seorang ayah lebih ringkas, jelas dan tegas

+ Emak biasanya dah berpuas hati kalau 1/10 arahan mereka dipatuhi dan ditaati tapi jaga jaga dengan arahan seorang ayah. Walau 9/10 arahan dah dipatuhi.Ianya masih dikira melawan dan akan ada hukuman yang akan menanti.

3. Anak belajar KAWAL EMOSI

+ Dalam keadaan kecemasan dan tekanan, biasanya seorang ayah ni akan lebih tenang dan boleh buat keputusan

+ Daripada situ akan kita akan belajar untuk buat keputusan yang rasional dan logik walaupun sedang dikuasai emosi

BACA:  Sedang Orang Barat Kagumi Akhlak Rasulullah, Kita Sibuk Sanjungi Artis Korea! Nauzubillah

4. Anak belajar KEMAHIRAN MELINDUNGI

+ Ayah ni sifat semulajadinya adalah PELINDUNG kepada keluarganya

+ Seorang ayah akan melindungi isterinya daripada semua jenis ancaman. Tak kira la ancaman penjahat luaran ataupun ancaman tekanan & kepenatan

+ Dari sini lah anak kita belajar untuk menjadi pelindung kepada keluarganya sendiri suatu hari nanti.

5. Anak belajar MELAYANI PASANGAN HIDUP

+ Cara layanan ayahnya kepada emaknya sendiri akan menjadi ‘references’ ataupun sumber yang akan anak kita contohi bila dia dah dewasa nanti

+ Kalau ayahnya suka berkasar dengan emaknya, dia pun akan cenderung untuk berkasar dengan pasangan hidupnya nanti

+ Ini kerana anak kita walau nampak macam tak tahu apa apa, mereka ni pemerhati setia.

+ Mereka pantau semua kelakuan kita dan mereka akan tiru satu persatu kelebihan dan kekurangan kita. Itulah kenapa mereka ni adalah CCTV terbaik dunia!

 

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel