Bila jadi mak-mak zaman moden ini mesti terperangkap dalam situasi dimana nenek dan ibu anda sekeras-kerasnya mahu ikut segala petua dan pantang larang yang telah dilakukan sejak turun temurun. Biarpun dunia sekarang penuh dengan keberkesanan teknologi canggih atau ilmu kesihatan yang tiada sempadan tapi mereka teguh dengan petua lampau.
Mungkin anda lebih selesa dan percaya tentang tips kelahiran anak yang berasaskan logik, sains dan tidak terpesong dengan kepercayaan (agama). Ini antara lima petua yang bagi Wanista jauh tersasar dari berlandaskan agama.
#1 Tanam uri
Siapa tidak mahu anak kita akan mempunyai kejayaan hidup yang sendiri tapi itu semua tidak ditentukan dengan menanam wang, pensil atau apa sahaja dengan uri. Percaya atau tidak ada yang mengamalkan menanam uri dengan benda atau objek kononnya memberi signifikan pada kehidupan si anak. Sebagai contoh, tanam dengan wang supaya murah rezeki atau tanam dengan berus mekap supaya pandai berhias. Ada ke patut?
#2 Air liur meleleh
Biasa kita dengar bila nampak bayi air liur mengalir tandanya si ibu tidak pernah lunaskan hasrat mengidam. Sebenarnya tiada kena mengena langsung!
Bayi mula mengeluarkan air liur secara banyak ketika usia 2 bulan ke atas ini kerana gusi mula membengkak dan kalenjar air liur sentiasa berfungsi. Bayi kan tidak pandai lagi nak telan air liur sendiri jadi sebab itulah sentiasa terkeluar sahaja.
#3 Jampi bayi
Zaman dahulu bayi yang lahir akan disambut oleh bidan dan kemudian akan dibacakan jampi serapah kemudian disemburkan dengan daun sirih. Perbuatan ini jauh beza dengan agama Islam yang menyambut bayi dengan bacaan azan.
#4 Tak boleh ziarah kubur
Jika berlaku kematian atau anda ingin menziarah kubur ketika mengandung baik lupakan sahaja. Orang dulu-dulu percaya anak yang dikandung bakal jadi seorang yang kuat meragam jika si ibu pergi ke kubur. Ini kesan dari ‘hantu’ yang mengikut bayi. Tipu sangat.
Maksud sebenar dari pantang larang ini ialah untuk mengelakkan si ibu stress. Itu aje
#5 Jangan ikat rambut berpintal
Tak kiralah samada ikat sanggul, pintal atau keringkan rambut dengan tuala itu semua akan beri kesan pada tali pusat bayi. Persoalannya apa kena mengena rambut dengan tali pusat bayi. Oh stop!
Anda masih lagi lakukan amalan ini?
Kalau timbul rasa was-was lebih baik rujuk dengan orang-orang alim supaya kita semua tidak percaya dengan perkara yang boleh dicop tahyul.
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel