≡ Menu

5 Kualiti Pemimpin Islam Yang Kita Perlu Ada, Setiap Manusia Adalah Khalifah!


1. Mulakan dengan “KENAPA”
Ramai orang tahu apa yang mereka lakukan.

Sebahagian dari mereka tahu bagaimana nak melakukannya.

Tetapi, tidak semua daripada mereka tahu “kenapa” mereka melakukannya.

“Kenapa” di sini bermaksud, apa sebab kita lakukan?

Untuk apa? Apa kepercayaan kita? Apa prinsip kita? Kenapa perlu kita lakukan? Kenapa organisasi kita itu wujud?

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

2. Harus jelas, disiplin dan konsisten
Kita perlu jelas dengan kenapa kita lakukan sesuatu.

Jika kita sendiri tidak jelas dengan kenapa kita lakukan apa yang lakukan, bagaimana pula dengan orang lain?

Simon Sinek mengatakan, “People don’t buy “what” you do, but people buy “why” you do it.”

Disiplin ialah kita meletakkan sesuatu peraturan untuk berlakukan baik selaras dengan “kenapa” kita.

BACA:  Mulakan Hari Anda Dengan 4 Amalan Yang Diredhai Allah SWT

Disiplin membantu untuk sentiasa fokus kepada “kenapa”.

Konsisten dengan apa yang kita lakukan.

Apa yang kita lakukan mestilah berdasarkan kepada apa yang kita percaya.

Jika kita lakukan sesuatu yang kita tidak percaya, bagaimana orang lain akan percaya kepada kita?

Perkhidmatan kita, perniagaan kita dan seangkatan dengannya.

3. Pemimpin perlu ada pengikut
Menjadi seorang pemimpin mestilah ada orang yang memilih untuk menjadi pengikut kita.

Kepercayaan adalah elemen yang paling mustahak, membuatkan kenapa orang memilih untuk mengikut kita.

Kepercayaan dapat dipupuk dengan cara kita menunjukkan yang kita ingin berkongsi nilai dan prinsip yang sama dengan orang lain.

4. Komunikasi bukanlah hanya bercakap, tetapi lebih kepada mendengar
Disarankan untuk kita yakni pemimpin untuk lebih banyak mendengar dan kurangkan bercakap.

BACA:  Wah! Rupanya Ini 6 Sebab Kenapa Perlu Makan Timun Setiap Hari!

Di dalam satu perjumpaan bersama ahli-ahli syarikat, kita perlu mendengar terlebih dahulu pendapat dan idea para ahli sebelum kita mengkompromikan semuanya di akhir perjumpaan.

“The art of compromise is making everyone a winner.”

5. Perkhidmatan yang habis baik (Jujur)
Menjadi seorang pemimpin ialah seperti menjadi seorang ibu dan bapa.

Kita menyediakan peluang kepada anak-anak – membina pendidikan, disiplin dan integriti.

Kepimpinan bukanlah pangkat semata-mata.

Ada orang yang mempunyai autoriti, tetapi tidak membuatkan mereka itu pemimpin.

Kita beranggapan seseorang itu pemimpin kerana, dia berani untuk mengambil risiko terlebih dahulu berbanding dengan orang lain dan dia berkorban bagi manfaat dan kesenangan orang ramai.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel