≡ Menu

5 Kesan Buruk Jika Al-Quran Tiada Dalam Jiwa Ibu Dan Bapa. Nauzubillah


Bila sudah berumahtangga, tanggungjawab yang paling penting adalah mendidik anak semasa kecil sehinggalah besar. Anak-anak merupakan aset yang paling bernilai kepada kedua ibu bapa. Tambah-tambah lagi bila pasangan baru berkahwin yang bakal bergelar ibu bapa pasti perasaan tidak sabar dan seronok timbul dalam diri.

Sama seperti Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia…” (al-Kahfi :46)

Anak-anak mestilah mendapat didikan awal daripada kedua orang tuanya termasuklah didikan agama yang baik. Bahkan pendidikan ini diberi sejak dalam kandungan lagi di mana ibu sering membaca al quran untuk kesihatan kandungan sera bapa memainkan peranan penting untuk menjaga kesihatan dari segi mental, fizikal dan rohani.

Apa akan jadi jika ibu bapa tidak mengamalkan ajaran Al-Quran terutamanya utuk kaum Muslim. Mungkin kita sebagai manusia biasa tidak nampak kesannya tetapi ini yang berlaku pada hari ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Mari kita muhasabah diri bersama-sama.

BACA:  Kacang Soya Kurangkan Risiko Kanser Sebanyak 80%. Wanita Perlu Baca

1. Gelisah setiap hari

Kita sebenarnya dalam satu perjalanan untuk menuju ke jalan yang lurus. Itulah kenapa hati kita jadi gelisah sebab dia nak kita tunjuk pada dia ke mana dia akan pergi nanti. Dia akan rasa risau dan tak senang duduk kalau lost dan tak tahu nak tuju ke mana. Semua tu tak ada dalam buku teks. Benda ni cuma ada dalam Al Quran.

2. Mudah serabut

Terkadang kita jadi mudah serabut dan tidak tahu kenapa secara tiba-tiba terasa nak marahkan anak-anak dan isteri. Cara mudahnya, buka al-Quran dan cari jalan penyelesaian nescaya pasti anda jumpa jawapan untuk masalah ini.

3. Habis idea nak bersembang dengan anak

BACA:  Doa Pelindung Menghadapi Koronavirus. Usaha Sudah, Tawakkal Kena Seiring

Kita cuma tak tahu sebenarnya dalam Al Quran tu ada beribu kisah Storytelling yang sebenarnya boleh kita jadikan modal untuk bersembang dengan anak. Bila bercerita, ia akan membentuk karakter anak-anaknya secara semulajadi.

4. Tak ada Quranic Operating System (OS)

Bila mak ayah tak ada Quranic OS dalam dada, maka agak agak sistem apa yang mak ayah guna untuk bentuk anak anaknya nanti? Jom kita menungkan sekejap tentang benda ni.

5. Hilang rasa bahagia

Jika kita sering untuk mengamalkannya, bahagia itu juga akan hilang. Jadi, jangan lepaskan peluang sebagai tanggungjawab kepada anak-anak dan untuk diri kita sendiri di dunia ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel