≡ Menu

5 Kebaikan Minum Air Rendaman Kismis! Wow!


Umumnya memang ramai dah tahu manfaat kismis yang terkenal sebagai makanan sihat. Tapi, kita selalunya makan kismis sebagai kudapan kunyah-kunyah atau bubuh dalam bijirin sarapan pagi seperti cornflakes atau overnight oat.

Mungkin masih tak ramai yang tahu bahawa air rendaman kismis juga baik untuk diminum, malah ia dikatakan memiliki kelebihan tersendiri berbanding dimakan seperti biasa.

5 KEBAIKAN MINUM AIR RENDAMAN KISMIS YANG TAK RAMAI TAHU
Berikut adalah beberapa manfaat air rendaman kismis kepada tubuh.

LEBIH BANYAK NUTRIEN DAPAT DISERAP OLEH BADAN
Menurut pakar nutrisi Dr Anju Sood menerusi laman web Food NDTV, merendam air kismis adalah alternatif yang lebih baik berbanding memakannya sebagai snek atau ditabur dalam bijirin sarapan pagi.

Ini kerana apabila kismis direndam semalaman dalam air, vitamin dan mineral yang terdapat di luar kulit kismis akan terlarut lalu menjadikannya lebih mudah diserap oleh tubuh. Secara tidak langsung, lebih banyak nutrien serta kandungan antioksidan yang terdapat di dalamnya akan dapat dimaksimakan sebaiknya oleh tubuh.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

MELANCARKAN PENCERNAAN
Manfaat kismis yang direndam dalam air juga antaranya memiliki kandungan serat yang tinggi. Ia boleh bertindak dengan lebih berkesan untuk melancarkan pencernaan.

Air rendaman kismis adalah pencegah sembelit secara semulajadi yang sangat baik untuk diamalkan tanpa kesan sampingan.

MENINGKATKAN DAYA TAHAN & KEKUATAN TUBUH
Kismis memiliki pelbagai khasiat lain antaranya untuk menyingkirkan toksin, meningkatkan daya tahan tubuh serta menstabilkan tekanan darah.

Selain itu, kandungan boron serta kalsium di dalamnya juga penting untuk kekuatan dan pembentukan tulang yang baik.

TIADA KESAN SAMPINGAN
Manfaat kismis yang direndam ini amat sesuai diambil oleh ibu hamil serta anak-anak yang dah mula makan, terutamanya apabila sering diserang sembelit.

Oleh kerana ia daripada sumber semulajadi, ibu tak perlu risau terhadap kesan sampingannya berbanding ubat-ubatan tertentu.

JUGA DIKENALI SEBAGAI AIR NABEEZ
Tahukah anda, air rendaman kismis ini juga dikenali sebagai air nabeez, dan ia turut merujuk kepada air rendaman kurma.

Menurut Dr Ustaz Rozaime Ramle, air rendaman kismis atau kurma menjadi amalan Nabi SAW berdasarkan hadis ini:

عن ابن عباس قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم ينتبذ له أول الليل فيشربه إذا أصبح يومه ذلك والليلة التي تجيء والغد والليلة الأخرى والغد إلى العصر، فإن بقي شيء سقاه الخادم أو أمر به فصب.

[Sahih muslim]

Daripada Ibn ‘Abbas, katanya: Rasulullah SAW selalu dibuat nabeez untuk Baginda pada awal malam. Lalu Baginda meminumnya apabila masuk waktu pagi hari tersebut, juga pada malam yang akan tiba, pada keesokan pagi, pada malam lain, pada keesokan pagi (hari ketiga) hingga Asar. Sekiranya masih berbaki sedikit, Baginda akan memberinya minum kepada khadam atau Baginda memerintahkan supaya membuangnya.

BACA:  Ini Tips Buat Anda Yang Selalu Sakit Otot! Macam Tak Percaya Je Guna Cili

Ternyata, amalan ini tentu banyak khasiatnya kerana ia diamalkan oleh Nabi kita sendiri. Namun, apa yang perlu diberi perhatian ketika membuat air Nabeez ini adalah:

Gunakan hanya satu buah saja, sama ada kurma atau kismis. Seeloknya jangan dicampur.
Rendam semalaman dan diminum keesokan paginya. Bukan direndam lama 2-3 hari baru diminum kerana ia boleh menjadi masam dan memabukkan.

CARA MEMBUAT AIR RENDAMAN KISMIS
Bagi yang belum tahu, cara membuat air rendaman kismis ini mudah saja iaitu:

Ambil beberapa biji kismis, lalu rendam dalam sebuah bekas yang berisi air masak.
Tutupkan bekas dan biarkan semalaman.
Seeloknya dibuat pada waktu malam sebelum tidur dan diminum keesokan paginya. Jangan diminum jika ianya dah berbau masam dan melebihi 2-3 hari.

BANYAKNYA MANFAAT KISMIS, JOM AMALKAN SELALU!
Mudah kan cara membuat air rendaman kismis ini? Menurut laman web kesihatan Step To Health, anda boleh merasakan perubahan pada tubuh terutamanya pada sistem penghadaman, seawal 4 hari dengan mengamalkan air rendaman kismis ini.

Jadi, daripada beli jus kesihatan yang mahal, jom kita cuba buat air rendaman kismis ini dulu di rumah. Selain direndam, dah tentu banyak manfaat kismis yang boleh kita dapat walaupun memakannya begitu saja.

Semoga bermanfaat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel