≡ Menu

4 Sebab Lain Yang Menyebabkan Berat Badan Naik. Bukan Hanya Terlebih Makan Dan Tidak Bersenam


Berat badan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam menilai tahap kesihatan seseorang secara am. Jika seseorang itu mengalami kurang atau lebih berat badan, ia menunjukkan tahap kesihatan yang kurang baik. Walau bagaimanapun, bukan semua punca naik berat badan disebabkan oleh pemakanan. Ia mungkin juga disebabkan oleh beberapa keadaan kesihatan tertentu.

Apakah keadaan tersebut?

1. Kelenjar tiroid kurang aktif (hipotiroid)
Antara tanda kelenjar tiroid kurang aktif adalah naik berat badan. Kelanjar ini berperanan menghasilkan serta merembeskan hormon tiroid yang bertanggungjawab memastikan metabolisme serta suhu badan berada dalam keadaan yang stabil. Jika kadarnya berkurang, metabolisme akan menurun dan lebih banyak lemak terkumpul di dalam badan.

Bagi kes hipotiroid sejak lahir, ia dapat dikesan melalui ujian saringan tiroid dan mereka yang terjejas perlu mengambil suplemen tiroid seumur hidup.

BACA:  Muslim dan pembebasan Baitulmaqdis

2. Steroid
Steroid sering digunakan untuk merawat banyak keadaan kesihatan termasuk asma, artritis dan penyakit autoimun. Pengambilannya dalam jangka masa panjang boleh meningkatkan selera makan, seterusnya menyebabkan naik berat badan. Perlu diingat bahawa anda tidak boleh berhenti secara mengejut setelah mengambilnya dalam jangka masa yang lama. Ia perlu dilakukan secara beransur-ansur untuk mengelakkan kesan penarikan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

3. Stres
Manusia bertindak balas kepada tekanan dan stres dengan cara yang berbeza. Ada yang menahan diri daripada makan sehingga turun berat badan. Ada pula yang mengisi perasaan tersebut dengan makanan. Bagi golongan yang kedua, makan berlebihan itu akan menyebabkan berat badan naik, seterusnya menambah lagi tekanan yang ada.

Jika anda adalah jenis yang kerap mencari makanan semasa stres, cari aktiviti lain untuk dilakukan seperti bersukan dan bersosial bersama kawan-kawan.

4. Kurang tidur
Terdapat kajian yang menemui bahawa mereka yang tidak mendapatkan tidur yang cukup cenderung untuk naik berat badan. Sebabnya adalah tidak jelas tetapi ada yang mendakwa bahawa sejenis bahan kimia yang bertanggungjawab memberikan rasa kenyang, iaitu leptin, menjadi rendah jika kurang tidur. Jadi, ia akan membuatkan lewat rasa kenyang.

BACA:  Sering Iri Hati? Gagal Mengawal Kemarahan? Baca Selanjutnya

5. Sindrom ovari polisistik (PCOS)
PCOS adalah keadaan kesihatan yang menjejaskan fungsi ovari wanita. Ketidakstabilan hormon yang berlaku dalam kalangan penghidap PCOS menyebabkan kitaran haid terganggu, gagal mendapatkan anak dan tumbuh lebih banyak bulu pada badan. Selain itu, berat badan berlebihan juga merupakan simptom yang biasa berlaku.

Naik berat badan mungkin disebabkan keadaan kesihatan tertentu. Selain daripada senarai di atas, terdapat banyak lagi sebab-sebab lain. Jika anda berasa risau tentang keadaan berat badan anda, jangan ragu-ragu untuk mendapatkan nasihat perubatan daripada doktor.

 

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel