≡ Menu

4 Kesilapan Common Dalam Pendekatan Mendisiplinkan Anak


Sesetengah ibu bapa menganggap mengajar anak berkelakuan baik adalah lebih sukar daripada melakukan perkara lain. Jika andapun berasa demikian, jadi artikel ini amat sesuai untuk anda! Berikut kami sediakan tips terbaik untuk ibu bapa mendidik anak mendengar kata:

Pastikan kata-kata anda masuk dalam kepala mereka
Di peringkat usia kanak-kanak, amat lazim untuk mereka benar-benar lupa akan apa yang mereka dengar 5 saat lalu. Mereka mungkin bukan sengaja melakukannya. Perkara ini berlaku kerana kanak-kanak mudah teralih perhatian pada perkara lain dan tidak sedar akan pentingnya menyiapkan tugasan yang diberikan pada mereka.

Maka, ibu bapa perlu berusaha mewujudkan hubungan mental yang kuat dengan anak-anak sebelum meminta mereka membuat sesuatu perkara. Semasa ingin memberikan arahan pada anak, pastikan anda berada pada paras ketinggian yang sama dengan anak dan bertentang dengan matanya. Jangan berikan banyak arahan atau memberitahu banyak perkara pada satu-satu masa, serta pastikan mereka benar-benar faham apa yang anda maksudkan (anda perlu guna bahasa yang mudah diingat dan terang). Cara lain adalah dengan meminta anak anda mengulang semula apa yang anda sudah perkatakan.

BACA:  Inilah Amalan Yang Dipandang Mulia Disisi Allah.

Jangan selalu memberi ganjaran dan memuji kelakuan baik anak
Sedikit ganjaran kecil dan pujian mungkin menjadi cara yang baik untuk membuatkan anak anda gembira dan memacunya menyiapkan kerja lebih cepat. Akan tetapi, terlalu banyak ganjaran dan pujian juga adalah tidak baik. Ini kerana anak anda mungkin akan mengangggap bahawa mereka tidak akan melakukan sesuatu secara percuma, dan mereka mesti mendapat sesuatu sebagai ganjaran atas usaha mereka. Selain itu, anak anda juga mungkin akan ‘ketagih’ dengan keseronokan diiktiraf, menjadikan mereka akhirnya melakukan sesuatu perkara demi mendapat penghargaan orang berbanding melakukannya untuk diri sendiri. Salah anggap ini boleh mengakibatkan kesan yang serius kepada perkembangan mental kanak-kanak di masa akan datang.

Jangan buat mereka rasa seperti diugut
Satu lagi salah faham ibu bapa adalah apabila mereka menganggap bahawa hukuman merupakan cara terbaik untuk mengajar kanak-kanak. Keibubapaan sudah tentu bukan perkara yang mudah. Ditambah pula jika perlu menangani masalah sosial lain, jadi cara ini dirasakan paling berkesan untuk mendidik anak. Cara hukuman juga boleh memberikan kesan yang cepat. Bagaimanapun, kesan sampingannya adalah seperti toksik. Pertama, anda mengajar anak bahawa tidak salah untuk menggunakan kekerasan, mengugut orang lain dan menggunakan sepenuhnya kuasa untuk menyelesaikan masalah, berbanding dengan bekerjasama dan mendengar. Kedua, hubungan antara ibu bapa dan anak juga akan jadi lebih buruk kerana ia boleh menyakitkan perasaan kanak-kanak atau menyemarakkan lagi kemarahan dalam diri kedua-duanya (ibu bapa atau anak-anak). Sekali lagi, ini boleh merosakkan corak tingkah laku mereka di masa akan datang.

BACA:  Cara Mendidik Anak Supaya Rajin Melakukan Kerja Di Rumah. Jangan Biarkan Anak Malas!

Jadi contoh tauladan yang baik
Kanak-kanak adalah suci dan mudah terpengaruh dengan orang lain. Mereka cenderung meniru apa yang ada di sekeliling mereka, terutamanya ibu bapa, iaitu orang yang paling dekat mereka. Oleh itu, tunjukkanlah contoh yang baik kepada anak-anak anda.

Sumber

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel