≡ Menu

4 Jenis Makanan Yang Membantu Proses Kehamilan


Proses Kehamilan. Jika anda dan pasangan berhasrat untuk cepat hamil, ketahui jenis makanan sihat yang mampu mempercepatkan proses kehamilan tersebut dengan membaca artikel ini sampai habis. Pengambilan makanan sihat untuk cepatkan proses hamil merupakan usaha yang baik dalam membantu kesuburan isteri mahupun suapi. Ketahui beberapa jenis makanan yang dapat meningkatkan kesuburan. Biasanya makan tersebut mempunyai kandungan nutrisi yang memaksimumkan perkembangan bayi serta memberikan khasiat yang baik buat ibu dan anak. Jika anda ingin mempercepatkan proses kehamilan tersebut cubalah untuk mengambil jenis makanan berikut dan jadikan ia sebagai menu harian anda.

Sayuran Hijau & Buah-Buahan

Sayuran dan buah-buahan segar mengandungi antioksidan yang berguna untuk menjaga kesihatan sistem peranakan. Sayur sawi, bayam, brokoli dan pelbagai sayuran hijau lain yang kaya dengan folat dan vitamin B membantu meningkatkan kesuburan. Baik isteri mahupun si suami, anda disarankan memperbanyakkan pengambilan sayuran hijau demi mendapatkan seperma dan sel telur yang subur dan bersedia melakukan persenyawaan. Buah-buahan seperti strawberi dan lemon digalakkan diambil kerana kandungan folatnya baik untuk kesihatan ibu hamil dan janin yang dikandungi.

BACA:  Keadaan Semakin Tegang di Palestin Setelah Satu Hari Presiden Donald Trump Umum Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Israel

Karbohidrat Kompleks

Kelancaran penghadaman karbohidrat akan menjaga gula darah dalam tubuh agar tetap stabil. Peningkatan insulin dalam darah boleh menyebabkan hormon di dalam tubuh menjadi kurang produktif. Keadaan inilah yang membuatkan wanita sukar untuk hamil. Jadi, sebab itulah diet menu sihat harus anda lakukan. Pastikan anda memilih makanan yang mempunyai karbohidrat kompleks yang boleh diperoleh daripada roti gandum, beras merah dan oatmeal.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Aiskrim

Aiskrim adalah salah satu menu yang membantu meningkatkan kehamilan. Terdapat sebuah kajian mengatakan bahawa susu(whole milk) melindungi tubuh wanita daripada ketidaksubuan. Ia mampu membantu meningkatkan tahap kesuburan serta mempermudahkan proses kehamilan. Namun, apa yang perlu diberikan perhatian makanan untuk cepat hamil yang baik adalah yang kaya dengan kalsium sebab nutrisi ini amat diperlukan untuk kesuburan.

BACA:  Jadi Orang Yang Ketiga. Hukum Menghancurkan Rumah Tangga Orang Yang Lain

Lemak Sihat

Salah satu jenis nutrisi makanan yang sihat untuk cepat hamil boleh didapati daripada buah biji labu, salmon, bijan, kacang-kacangan seperti almond, walnut serta aprikot adalah jenis makanan yang kaya dengan asid lemak Omega 3. Manakala, kuaci labu pula kaya kandungan zat besi yang diperlukan untuk mencegah keguguran. Lemak sihat akan meningkatkan sensitif insulin kerana ia sangat baik untuk meningkatkan kesuburan.

 

Sumber: Wom

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel