≡ Menu

4 Fasa Dalam Kewangan Peribadi. Kita Di Fasa Ke Berapa?


Setiap perbincangan yang melibatkan hal-hal kewangan peribadi meliputi banyak aspek yang perlu diteliti bagi memastikan individu terbabit mendapat manfaat yang maksima dengan kos yang minima. Artikel ini akan membincangkan beberapa fasa pengurusan kewangan peribadi yang menjadi teras dalam pengurusan kewangan peribadi.

Semua orang berhati-hati dalam hal-hal yang melibatkan kewangan

FASA SIMPANAN

Merupakan fasa yang paling utama. Fasa Penyimpanan adalah perkara utama yang menjadi asas kepada para pelabur. Simpanan yang penuh berisi menunjukkan kematangan pengurusan kewangan peribadi terbabit. Ianya diperlukan dalam banyak fasa pengurusan kewangan peribadi seterusnya disamping menjadi legasi kepada keturunan yang akan datang.

FASA PERLINDUNGAN

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Fasa ini dibuat apabila kita sudah mempunyai sedikit simpanan yang susah untuk dikumpulkan. Fasa ini melihatkan individu memindahkan risiko yang akan mengambil simpanan tadi, kepada satu organisasi lain. Organisasi ini adalah syarikat insurans atau takaful.

Bukan senang hendak mengumpul wang tanpa diusik dalam jangkamasa tertentu
SAKIT adalah punca utama dan risiko terbesar kehabisan dana simpanan yang telah dibuat. Ini adalah kerana kos-kos yang tidak dijangka akan hadir ketika sakit. Risiko telah dipindahkan kepada organisasi yang lain dengan sedikit caruman bulanan atau tahunan yang menguntungkan dikemudian hari. Apabila musibah berlaku, simpanan akan kekal dan tidak terusik.

Untuk mengekalkan simpanan dan tidak terusik, wang disimpan melalui cara membuat caruman dalam organisasi insuran atau takaful

FASA PELABURAN

Fasa ini dilakukan apabila jumlah simpanan diklafikasikan sebagai GEMUK dan telah cukup untuk dilaburkan. Fungsi pelaburan adalah untuk menambah simpanan yang sedia ada. Ia melibatkan pengurusan pelaburan yang dikawal oleh kita sendiri. Jika simpanan anda masih ditahap KURUS jangan sesekali memberanikan diri untuk melabur dalam akaun yang mempunyai risiko yang besar.

Fasa Pelaburan
Antara pelaburan yang popular adalah hartanah dan saham. Kedua-dua pelaburan ini mempunyai risiko dan peluang untuk menggandakan pelaburan dengan cara tersendiri. Namun sebelum bergerak ke fasa pengurusan kewangan peribadi ini, anda disarankan melengkapkan diri dengan ilmu disamping simpanan yang GEMUK.

FASA WASIAT

Menurut Prof. Datin Dr. Azizan Baharuddin dari Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), kira-kira RM 60 bilion aset terdiri seperti hartanah dan wang dari pelbagai institusi kewangan masih tidak dituntut oleh rakyat Malaysia. Harta tersebut tidak bertuan dan masih tergantung, seriuskah masalah ini? Memang serius.

Wasiat telah dibuat oleh seseorang sebelum meninggal dunia supaya harta yang dikumpul dapat dijadikan legasi dan diwarisi oleh keturunan yang akan datang. Contoh terbaik adalah sultan-sultan da raja-raja. Kekayaan mereka adalah diwarisi dari nenek moyang mereka. Keturunan mereka dihormati kerana kesanggupan nenek moyang mereka mencipta legasi yang kekal sepanjang zaman.

Wasiat

Fasa-fasa di atas adalah asas dalam perkembangan pengurusan kewangan peribadi. Ianya perlu diikuti dengan tertib supaya keupayaan kewangan peribadi boleh dimaksimakan sebaik mungkin dengan kos yang minima. Penyesuaian semua fasa ini bergantung kepada kewangan individu yang berbeza mengikut keperluan, umur dan pendapatan.

Sekarang anda di tahap mana? Mari mulakan…! Semoga berjaya

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel