≡ Menu

4 Cara Wanita Elak Jadi Mangsa Cabul


Wanita kerap dikaitkan dengan isu pencabulan. Tanpa disedari, sebenarnya hal ini boleh cuba dielakkan oleh golongan wanita sendiri. Lalu apa peranan para wanita untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kepada perbuatan buruk ini?

#1 – Cara Berpakaian

Islam sangat menjaga wanitanya dengan mensyaratkan golongan wanita memakai pakaian yang menutup aurat. Sekurang-kurangnya wanita itu telah berusaha menjaga dirinya dengan menutupi auratnya daripada terdedah dan menjadi mangsa cabul.

Menutup aurat yang bagaimana? Iaitu dengan mengenakan pakaian yang menutupi seluruh tubuh badan selain tapak tangan dan muka, tidak ketat, tidak jarang dan tidak menampakkan bentuk tubuh.

Wanita yang solehah adalah yang menjaga auratnya, iaitu secara tak langsung menjaga maruahnya dengan meletakkan tabir yang menjauhkannya daripada fitnah.

#2 – Tabarruj atau Berlebihan dalam Berhias

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Nah, di sinilah letaknya hikmah mengapa wanita dilarang berlebihan dalam berhias iaitu dengan mengenakan pakaian dan berhias dengan terlalu cantik.

BACA:  10 Kesilapan Basic Wanita-Wanita Ketika Bersolat! Baiki Supaya Ibadah Diterima

Golongan wanita hendaklah bersederhana dalam berpakaian, berhias dan bersolek. Terutamanya bagi golongan wanita yang bekerjaya. Jangan lupa bahawa kecantikan dan persolekan hanya layak sebagai tatapan suami sahaja.

#3 – Cara Pembawakan Diri

Golongan wanita yang menjaga kesopanan dan lebih tertib di khalayak akan lebih dihormati dan disanjungi. Seharusnya golongan wanita perlu meletakkan jarak dalam pergaulan dengan kaum lelaki, jika tidak mereka seolah-olah tidak meletakkan perisai pada diri mereka sendiri.

Bahkan dalam Islam, wanita tidak digalakkan keluar dari rumah jika tidak ditemani ahli keluarga atau muhrim. Mereka juga tidak disenangi keluar pada waktu malam kecuali demi hal yang penting, seperti untuk mendapatkan rawatan.

#4 – Pengamalan Doa

Selain daripada berusaha menjaga diri, berdoalah agar selamat daripada apa-apa gangguan. Ini kerana doa adalah sebagai salah satu cara perlindungan diri, iaitu sebagai senjata bagi umat Islam.

Sayangnya Allah SWT terhadap wanita, sehinggakan terdapat doa bagi menjaga golongan ini. Lalu, jadikanlah doa perlindungan sebagai amalan sebelum keluar dari rumah. Berdoalah sesungguh hati agar dilindungi Allah setiap waktu.

“Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa: ‘Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya sama ada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui’ sebanyak tiga kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh tiga kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya.”
Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmidizi dan Ahmad

Semoga doa ini diamalkan oleh semua wanita Muslimah. Apabila diikat dengan iman terhadap Allah dan RasulNya selain dijaga kehormatannya auratnya, wanita tersebut akan mendapat perlindungan Allah SWT.

Hal paling penting, golongan wanita mestilah berhati-hati walau di mana-mana pun berada, kerana menjaga kehormatan diri sendiri adalah sebuah perjuangan yang besar.

 

Sumber: Tazkirah.net 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel