≡ Menu

4 Amalan Untuk Memasuki Rumah Baru Untuk Mengelakkan Gangguan.


Bukan kita sahaja yang berada di atas muka bumi ini kerana ada makhluk lain yang berada di sekeliling kita samada sedar atau tidak sedar. Oleh itu, kita disarankan untuk saling menghormati hak sesama makhluk dengan adab dan amalan yang dianjurkan misalnya ketika baru berpindah ke tempat baru.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ada beberapa amalan yang kita boleh lakukan ketika memasuki rumah baru bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Berikut adalah penjelasannya.

Tidak ada amalan khusus yang diperintahkan Syarak ketika memasuki rumah baru. Adalah lebih baik kita berdoa supaya rumah diberkati dan kita yang mendiami rumah turut diberkati.

Namun begitu, jika bertujuan untuk mengharapkan keselamatan dan perlindungan dengan Allah SWT daripada kejahatan dan syaitan, maka dianjurkan kita melazimi empat perkara berikut:

Pertama: Membaca Surah al-Baqarah
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِى تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ

Maksudnya: “Janganlah kamu semua menjadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surat al-Baqarah”

Hadis Riwayat Muslim (780)

Kedua: Menunaikan solat sunat keluar dan masuk rumah
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

إِذَا خَرَجْتَ مِنْ مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَخْرَجِ السُّوْءِ وَإِذَا دَخَلْتَ إِلَى مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَدْخَلِ السُّوْءِ

Maksudnya: “Jika engkau (ingin) keluar dari rumahmu, maka laksanakanlah solat dua rakaat (yang dengan) dua rakaat ini akan menghalangimu dari keburukan yang berada di luar rumah. Jika engkau masuk ke dalam rumahmu, maka laksanakanlah solat dua rakaat (yang dengan) dua rakaat ini akan menghalangimu dari keburukan yang ingin masuk ke dalam rumah.”

Hadis Riwayat al-Bazzar. Berkata Ibn Hajar al-Haythami: Rijalnya thiqah

 

Ketiga: Membaca bismillah, berzikir dan berdoa ketika membuka dan menutup pintu
Daripada Jabir bin Abdillah R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ فَذَكَرَ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ، وَعِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: لَا مَبِيتَ لَكُمْ وَلَا عَشَاءَ، وَإِذَا دَخَلَ فَلَمْ يُذْكَرِ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ قَالَ الشَّيْطَانُ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ

Maksudnya:“Apabila seseorng masuk ke dalam rumah lalu dia mengingati Allah ketika masuk, dan ketika makan, maka syaitan akan berkata: ‘Tidak ada tempat menginap dan tidak ada makan malam.’ Tapi apabila dia tidak mengingati Allah ketika masuk, maka syaitan berkata: ‘Kalian mendapatkan tempat menginap’.”

BACA:  Makan Tom Yam Boleh Mengurangkan Risiko Terkena Kanser! Baca Pendedahan Doktor Ini

Hadis Riwayat Muslim (2018), Abu Daud (3765) dan lain-lain.

Juga daripada Jabir bin Abdillah R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا

Maksudnya: “Tutuplah pintu, dan sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup (yang disebut nama Allah).”

Hadis Riwayat Bukhari (3304), Muslim (2012) dan yang lainnya

Keempat: Memberi salam
Daripada Nafi` bahawa Abdullah bin Umar R.anhuma berkata:

إِذَا دَخَلَ الْبَيْتَ غَيْرَ الْمَسْكُونِ فَلْيَقُلِ السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين.

Maksudnya: “Jika engkau memasuki suatu rumah yang tidak berpenghuni maka katakanlah: Assalamu`alaina wa `ala ibaadillahis solihin – Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh.”

Hadis riwayat al-Bukhari (1055) dalam al-Adab al-Mufrad. Ibn Hajar al-Asqalani berkata sanadnya hasan.

Berkenaan dengan kaifiat membaca 1/3 surah al-Baqarah seperti yang disebutkan, tidak ada masalah jika dijadual sedemikian dengan syarat tidak dijadikan kemestian. Wallahua`lam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel