≡ Menu

4 Amalan Untuk Dipermudahkan Rezeki Masuk Kepada Kita


Ramai orang salah faham dengan konsep rezeki. Rezeki bukan hanya semata-mata harta kebendaan serta kekayaan. Apa sahaja kebaikan dalam hidup kita adalah rezeki contohnya, badan yang sihat, hidup tenang, dan juga kesenangan yang lain. Semua orang mendambakan rezeki yang baik dalam kehidupan.

Sebenarnya, ada cara dan tip yang kita boleh lakukan agar rezeki kita sentiasa mengalir dan tidak putus. Saya ingin kongsikan 7 cara atau tip untuk mengekalkan rezeki dalam hidup kita, antaranya:

#1- Mudahkan Urusan Orang Dan Tunaikan Hajat Mereka
Mudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kita. Tentu kita pernah dengar bukan kata-kata ini? Ya, apabila ahli keluarga, kawan-kawan atau mereka yang dalam kesusahan meminta bantuan kita, cuba lah sedayanya untuk memenuhi hajat mereka.

Ada satu cerita pada zaman dahulu – Seorang tukang kasut yang sudah lama mengumpul wang untuk menunaikan haji tiba-tiba memberi wang simpanannya kepada sebuah keluarga yang dalam kelaparan.

Walaupun dia kekurangan wang untuk tunaikan haji, namun dia mendahulukan keluarga itu untuk makan. Disebabkan perbuatannya itu, Allah mengiktirafnya seperti orang yang menunaikan haji. Itu rezeki bukan?

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

#2- Eratkan Silaturrahim
Perkara yang senang tapi kadangkala susah untuk dilakukan iaitu menyambung tali persaudaraan. Ada orang yang salah sedikit sudah bermasam muka. Kerana harta, boleh bergaduh adik beradik.

BACA:  Hukum Menggunakan Tabung Sperma Daripada Arwah Suami. Apa Pandangan Islam?

Disebabkan itu, Nabi SAW bersabda, “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya (menjalinkan silaturahim)” (Hadis Riwayat Bukhari)

Itu adalah ganjaran yang besar bagi orang yang menjalinkan silaturrahim. Justeru, kalau nak panjang umur, panjangkan juga silaturahim sesama insan.

#3- Tidak Putus Mendoakan Ibu Bapa
Jika kita sering meminta agar mak ayah kita mendoakan kebaikan kita, maka seorang anak juga harus mendoakan kebaikan buat ibu bapa. Bahkan harus lebih banyak lagi. Sekurang-kurangnya, setiap kali selepas solat, nama ibu bapa tidak harus dipinggirkan dalam doa kerana mereka adalah keberkatan kita yang terbesar. Mereka adalah penyambung rezeki buat kita bertepatan hadis Nabi SAW:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

Saat seorang anak itu melupakan ibu bapanya, hilang lah satu rezeki daripadanya. Kerana itu, kita lihat ada orang yang kaya, tetapi diuji dengan pelbagai kesusahan jiwa dan apabila diselidiki rupanya dia tidak mengutamakan ibu bapa dalam hidupnya. Justeru jangan sesekali menyisihkan mereka dari hidup kita.

#4- Perbanyakkan Istighfar
Kadang-kadang kita melakukan dosa tanpa sedar. Justeru itu, kita dianjurkan untuk sentiasa memohon ampun dan beristighfar kepada Allah. Jika diri kita dibelenggu dosa yang menimbun tentu sahaja hidup kita akan berasa sempit dalam setiap perkara.

Jadi, apa yang boleh menghapuskan dosa kita adalah dengan sentiasa beristighfar dan mohon ampun. Apabila dosa terampun baru hati dan jiwa kita akan tenang, dan Allah juga akan suka untuk memberi kelapangan kepada kita.

Seperti kata Nabi Nuh as kepada kaumnya yang dirakamkan dalam surah Nuh ayat ke 10 hingga 12 yang bermaksud:

“Mohonlah ampun kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).” (Surah Nuh 71:10-12)

#5- Doa Yang Dibaca Oleh Rasulullah
Tip kelima yang saya ingin kongsikan adalah sebuah doa yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada Anas bin Malik RA.

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَوَاسِع لَهُ فِي دَارِهِ وَبَارِكْ لَهُ فيما أَعْطَيْتُهُ وَأُحْسِن أَعمَاله واغفِرْلَه
Maksudnya: “Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yang telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.”

Itulah antara cara yang mudah untuk kita lakukan agar rezeki dan juga apa jua jenis kebaikan dalam hidup kita akan sentiasa mengalir seperti air di muara.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel