≡ Menu

3 Waktu Mustajab Untuk Berdoa Pada Hari Jumaat.


Hari Jumaat dikenali sebagai Sayyidul Ayyam atau penghulu segala hari disebabkan oleh kelebihan dan ganjaran yang terdapat di dalamnya.

Hari Jumaat dikatakan sebagai hari orang-orang Islam kerana pada hari ini Allah memberi ganjaran berlipat kali ganda buat mereka yang melakukan amal dan pada hari ini juga semua umat Islam akan berkumpul bagi menunaikan solat Jumaat.

Malah, hari Jumaat juga dikatakan mustajab berdoa berdasarkan waktu dan kelebihan yang disebut oleh beberapa dalil, antaranya ialah:

…إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ سَاعَةً لَا يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ فِيهَا خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ

Maksud: “Sesungguhnya terdapat satu waktu pada hari Jumaat apabila seorang hamba Muslim meminta kepada Allah SWT akan perkara kebaikan pada waktu tersebut melainkan Allah akan memberinya apa yang dimintanya itu …” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 108)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Jadi, apakah waktu yang paling afdal untuk berdoa apabila tibanya hari Jumaat?

BACA:  LGBT: Jangan Mengundang Kemurkaan Allah Kerana Melampaui Fitrah!

#1 – Waktu Solat Jumaat
Menurut jumhur ulama’, waktu yang paling mustajab berdoa ialah waktu antara duduknya imam di atas mimbar sehingga selesai solat Jumaat.

Manakala, menurut Imam As-Suyuthi mengatakan maksud hadis tersebut ialah waktu ketika solat Jumaat didirikan.

هِيَ مَا بَيْنَ أَنْ يَجْلِسَ الْإِمَامُ إِلَى أَنْ تُقْضَى الصَّلَاةُ

Maksud: “Waktu itu berlaku di antara duduknya imam sampai selesainya solat.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 853)

#2 – Di Antara Dua Khutbah
Sebahagian daripada jumhhur ulama’ mengatakan bahawa doa akan termakbul di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk di antara khutbah yang pertama dan kedua.

إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ لَسَاعَةً لاَ يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ قَائِمٌ يُصَلِّيْ يَسْأَلُ اللهَ خَيْراً إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، قَالَ: وَهِيَ سَاعَةٌ خَفِيْفَةٌ

Maksud: “Sesungguhnya padanya (hari Jumaat) terdapat suatu ketika yang tidak ditemui oleh seseorang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikan kepadaNya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 852)

#3 – Selepas Asar
Baginda SAW dilihat memperbanyakkan berdoa sebelum berakhirnya hari Jumaat, iaitu pada waktu Asar. Ia ada disebut oleh beberapa riwayat, iaitu:

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً لاَ يُوْجَدُ فِيْهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوْهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ

Maksud: “Hari Jumaat (siang) terdiri dari 12 waktu, di dalamnya terdapat satu waktu yang tidaklah seorang muslim pada ketika itu memohon sesuatu kepada Allah, melainkan Dia akan mengabulkan permintaannya. Oleh kerana itu, carilah masa tersebut pada waktu akhir setelah Asar.” (Hadis Riwayat An-Nasai, no. 1388)

Kesimpulan
Doa itu merupakan senjata orang-orang mukmin. Oleh itu, ia boleh dilakukan di mana sahaja tanpa mengira waktu.

Jika dilihat pada sunnah, Baginda akan memperbanyakkan berdoa apabila tibanya waktu yang mustajab dan afdal bagi memperoleh ganjaran pahala di sisiNya.

Wallahu a’lam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel