≡ Menu

3 Simptom Serangkai Covid-19. Kenali Simptom Coronavirus Sebelum Berjumpa Dengan Doktor


ANDA selsema? Batuk? Tiada demam dan pernafasan masih lancar?

Adakah itu sekadar selsema normal, ataupun gejala awal jangkitan COVID-19?

Ramai antara kita yang sering terkeliru dengan perkara ini.

Malah, situasi panik akan timbul apabila kita tidak betul-betul memahami kondisi sebenar simptom jangkitan virus tersebut.

Seorang doktor perubatan, Nur Izyan Hanisah telah berkongsi di Facebooknya tentang bagaimana cara untuk kita mengenal pasti adakah kita benar-benar dijangkiti.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Mari baca penjelasan ini;

“Doktor, saya nak check saya ada Covid tak? Sebab kejap lagi nak balik kampung, takut pulak bawak balik Covid,”

“Saya risau laa doktor. Dah berapa hari ni asyik batuk, tolong check sikit saya ni ada Covid tak,”

Okay, mari baca betul-betul ye semua.

1. Doktor-doktor ini tidak boleh pastikan anda positif Covid ke tidak hanya dalam 5-10 minit. Doktor hanya akan tanya awak beberapa perkara ini sahaja

A- ada simptom tak? (demam/batuk /sakit tekak/susah nafas)
B- ada baru balik dari luar negara tak?
C- ada jumpa/tinggal dengan sesiapa yang sakit atau disyaki covid tak?

BACA:  Bayi Kalau Tak Cukup Tidur, Bahaya Tau? Ini 8 Checklist Yang Ibu Bapa Perlu Buat Untuk Pastikan Tidur Anak Lena

Kalau ada A dan (B atau C), baru doktor akan masukkan dalam wad dan ambil sampel.

Kalau ada B atau C sahaja, kami akan aturkan untuk ambil sampel tekak dan hidung di hospital tertentu tapi anda perlu kuarantin.

Kalau tiada A, B, C, takyah risau.

2. Sampel yang diambil pula akan ambil masa 2-3 hari untuk tahu keputusan. Dan selagi tak tahu keputusan, yang ada simptom kena stay dekat wad, yang tak ada simptom kena kuarantin dekat rumah.

3. Sampel pula kena 2 kali ambil. Sekiranya kedua-dua keputusan negatif, barulah anda dikira negatif Covid. Tak perlu kuarantin. Yang di wad pun boleh balik kalau stabil.

4. Tolong jangan cakap sembarangan kalau tak pasti. Contoh “saya rasa semalam saya jumpa jiran saya baru balik Italy, saya rasa dia positif covid laa,”

BACA:  Alamak! Nafas Bayi Anda Berbunyi? Bahaya Ke Tak? Baca Penjelasan Doktor Ini

Jangan main rasa-rasa. Kena pasti, baru cakap dengan doktor. Sebab kalau anda cakap sembarangan, doktor ni kena cepat-cepat asingkan awak dari orang lain, kena pakai ‘baju angkasawan’ yang harganya mahal untuk periksa awak. Tutup klinik sementara untuk pembersihan.

Jadi, jangan cakap sembarangan dan susahkan orang lain.

Kesimpulannya, bukan semua orang akan diambil sampel. Anda semua kena faham. Duduk rumah 14 hari ni tolong tambahkan ilmu kesihatan, jangan main game dan movie marathon sahaja.

Tolong pesan dekat ahli keluarga, kawan-kawan, geng-geng motor, geng bawang jangan pergi hospital/klinik kalau tiada urusan. Hanya pesakit sahaja pergi, tak perlu bawak seisi keluarga. Nanti lagi mudah dapat penyakit.

Dalam pada itu, doktor tersebut menggalakkan rakyat Malaysia agar merujuk Facebook KKM dan CPRC Kebangsaan yang rasmi untuk info lebih tepat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel