≡ Menu

3 Cara Mudah Mengatasi Sedu.


SEDU adalah gejala semula jadi apabila badan memberi tindak balas untuk mengeluarkan gas yang terkumpul dalam perut. Jika sedu tidak berlaku gas yang terkumpul akan memberikan kesan tidak selesa kepada perut.

Biasanya gejala sedu disebabkan pengambilan makanan pedas atau masam secara mengejut. Makan terlalu pantas juga boleh mengundang sedu.

Namun sedu biasanya berlaku sekejap saja tetapi jika disebabkan komplikasi ubat ia boleh berlangsung dalam tempoh yang lama.

Sedu yang tidak berhenti boleh menyebabkan rasa penat dan tidak selesa.

BACA:  Bolehkah Seseorang Itu Jamak Kerana Kesuntukkan Masa?

Ada beberapa langkah yang boleh lakukan untuk mengatasi sedu.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

1. Minum air

Apabila sedu, perkara pertama harus anda lakukan adalah minum segelas air. Sebelum menelannya tutup kedua belah telinga.

Sebaik saja menutup telinga, telan air sedikit demi sedikit. Buka telinga anda bagi memastikan sedu anda sudah berhenti ataupun tidak.

2. Penghasilan ramuan alami sebagai penawar

Kadangkala sedu tidak hilang dengan minum air. Petua seperti campuran madu, jus lemon, jus halia dan sedikit lada boleh membuang gas perut membantu menangani sedu.

BACA:  3 Tabiat Yang Kita Biasa Buat, Menambahkan Risiko Sakit Tulang Belakang

3. Tahan nafas

Kaedah ini sangat mudah. Anda hanya perlu menahan nafas selama yang boleh, kemudian cuba hembuskan secara perlahan-lahan.

Cara ini mampu membuka paru-paru anda menjadi lebih lebar dan pada masa yang sama menghilangkan sedu dengan cepat.

Jika sedu masih tidak berjaya diatasi, saranan dapatkan bantuan doktor untuk saringan sama ada sedu itu gejala penyakit lain.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel