Semua orang tahu bahawa apabila meninggal, seseorang itu akan masuk ke fasa seterusnya iaitu alam kubur. Di alam tersebut, kita akan melalui kehidupan baru di alam barzakh. Semua orang tahu tentang itu. Apakah amalan untuk selesa di alam kubur nanti.
Menurut sumber, ketika beliau mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki, beberapa perkara perlu dilakukan di atas dunia jika nak berehat di alam barzakh. Semasa di dunia ni, jangan asyik tidur je.
3 Amalan Untuk Keselesaan Di Alam Kubur 2
Ibadah boleh dilakukan di mana saja kita berada
Amalan Untuk Keselesaan Di Alam Kubur
Berikut adalah perkongsian tentang amalan yang perlu dilalkukan bagi mendapat keselesaan di alam kubur insya allah.
Amalkan 3 perkara di bawah iaitu:
1. Baca Al-Quran sebelum subuh
3 Amalan Untuk Keselesaan Di Alam Kubur 3
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran
Di saat kita meninggalkan dunia yang ini, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat menghalau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Alquran yang dibaca sebelum subuh. Alquran seolah-olah akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.
2. Baca surah Al-Mulk setiap malam
3 Amalan Untuk Keselesaan Di Alam Kubur 4
Amalkan membaca surah ini setiap malam sebagai salah satu bekalan
Setiap malam, amalkan membaca surah Al-Mulk. Seeloknya jika anda menghafaz surah ini. Di dunia sesiapa yang amalkan membaca surah ini, rezekinya akan bertambah. Manakala di alam kubur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang membaca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Al-Quran dari dalam kubur yang menemani pembaca di dalamnya.
3. Solat Tahajjud
3 Amalan Untuk Keselesaan Di Alam Kubur 5
Rajin-rajinlah melaksanakan solat sunat tahajjud walaupun sekadar dua rakaat
Keadaan di alam kubur akan menjadi luas menghijau atas asbab kita mengamalkan solat sunat tahajjud. Hatta di dunia pun jika kita rajin menunaikan solat tahajjud walaupun sekadar dua rakaat, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang. Pernah anda merasainya?
Sahabat, saya berpesan pada diri saya juga. kita selalu leka. Sangat leka. Seeloknya kita berpesan dan ingat-mengingati sesama kita. Ini kerana Malaikat Izrail sentiasa dekat dengan kita dan menunggu masa yang ditetapkan untuk menjemput kita pulang mengadap ilahi.
Sudah bersediakah kita?
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel