≡ Menu

21 Tips Keselamatan Untuk Backpacker Wanita


Allah s.w.t berfirman dalam al Quran yang bermaksud:

“Berjalanlah kamu di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah mencipta (manusia) daripada permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
Surah al Ankabut 29:20

Pepatah juga mengatakan “jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah pengalaman.” Ini tidak terkecuali kepada wanita. Wanita pada masa kini lebih banyak berdikari dalam urusan harian mereka.

Begitu juga semasa bermusafir, sama ada di dalam atau di luar negara. Ia suatu perubahan zaman yang begitu ketara. Rata-rata wanita pada masa kini berani meneroka dunia dengan keyakinan diri yang cukup tinggi.

Walaupun begitu, faktor keselamatan mereka tetap menjadi isu. Ini kerana, walaupun zaman berubah, risiko keselamatan terhadap wanita berbanding lelaki tetap ada.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Tips ini sebagai idea untuk anda menjaga diri anda dengan lebih baik semasa bermusafir;

#1 – Mencari Maklumat Terlebih Dahulu

Dapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai lokasi yang hendak dituju. Buat solat istikharah sebelum membuat keputusan dan solat sunat musafir sebelum bermusafir.

#2 – Menulis Nombor Kecemasan Untuk Dihubungi

Pastikan anda menyimpan nombor-nombor penting untuk dihubungi semasa kecemasan. Ini termasuklah nombor dan alamat kedutaan jika anda ke luar negara.

#3 – Bateri Dicaj Penuh

Pastikan bateri telefon bimbit anda penuh semasa anda keluar dari rumah. Bawa power bank juga merupakan idea yang baik.

#4 – Muat Turun Aplikasi

BACA:  Letih Nak Menjawab Anak Banyak Soalan! Ini Sebabnya Kenapa Ibu Bapa Perlu Ambil Serious Soalan Anak

Muat turun aplikasi tertentu yang memudahkan urusan anda semasa bermusafir seperti Waze, Google Translator, dan XE.Com & Currency.

#5 – Berhubung Dengan Keluarga

Beritahu atau kongsi itinerari anda dengan keluarga atau mereka yang mengenali dan rapat dengan anda. Pastikan mereka tahu lokasi anda.

#6 – Waspada

Sentiasa waspada dengan persekitaran anda. Tidak perlu paranoia tapi perlu berhati-hati.

#7 – Gunakan Jalan Utama

Elakkan dari menggunakan jalan pintas yang anda dan orang lain tidak biasa gunakan. Jauhi juga kawasan yang gelap serta sukar mendapatkan bantuan orang awam.

#8 – Berada Di Kawasan Awam

Sentiasa berada tidak jauh atau bersama-sama kumpulan orang awam.

#9 – Yakin

Jalan dengan yakin dan bukannya nampak keliru dan asing.

#10 – Tidak Memasang Earplug

Pastikan anda tidak memasang earplug semasa berjalan. Ini untuk mengelakkan anda tidak menyedari dan tidak sempat mengelak jika berlaku sesuatu di luar jangkaan anda.

#11 – Bawa Barang Penting Bersama

Buat satu salinan softcopy untuk dokumen penting anda dan simpan ia di dalam emel, Dropbox, Google Drive atau khdimat simpanan atas talian yang lain.

#12 – Berjimat Dalam Berbelanja

Berbelanjalah sedikit untuk keselamatan seperti mendapatkan insurans. Ia penting untuk sebarang kecelakaan. Walaupun anda tidak mahu ia berlaku, lebih baik sediakan payung sebelum hujan.

#13 – Berada Dalam Keadaan Sentiasa Berhati-Hati

Sentiasa bersiap-sedia untuk hal yang tidak dapat dijangka. Simpan sejumlah wang di tempat tersembunyi.

BACA:  Bahaya Marathon Dengan Stroller: Si Manja Mungkin Terdedah Kepada...

#14 – Bertenang

Apabila anda berada di negara yang tercetus isu Islamophobia dan menerima serangan verbal, kekalkan ketenangan diri. Bergerak menuju ke tempat yang ada ramai orang. Maklumkan kepada pihak berkuasa jika perlu.

#15 – Menjerit Sekiranya Perlu

Apabila anda diserang secara fizikal pula, jerit sekuat hati untuk menarik perhatian orang awam.

#16 – Merakam Dan Mengingati

Anda juga boleh merakam serangan yang dikenakan kepada anda dan nombor pendaftaran kenderaan pelaku sebagai bukti.

#17 – Sentiasa Berada Bersama Anak-Anak

Apabila anda bersama anak-anak anda, pastikan anak anda sentiasa berada dekat dengan anda.

#18 – Bijak Membuat Pilihan

Jika anda mahu menyewa seperti Airbnb, pastikan anda memilih tempat yang mempunyai banyak penilaian yang bagus daripada pelancong lain.

Apabila anda tiba di tempat tersebut pada waktu malam, pastikan hotel anda menyediakan khidmat pengangkutan ke hotel mereka. Sekiranya tidak, pastikan ada pengangkutan awam yang selamat terus sampai ke hotel.

#19 – Berkenalan Dengan Penduduk Tempatan

Apabila anda berada di luar negara, cuba berkawan dengan penduduk tempatan.

#20 – Jaga Tingkahlaku Dan Hormati Tempat Yang Dilawati

#21 – Tidak Membawa Banyak Barang Berharga

Pastikan anda tidak membawa terlalu banyak barangan terutama barangan berharga.

 

Sumber: Tazkirah.net 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel