≡ Menu

2018 Bermula Dengan Musibah Besar


Hari-hari pertama 2018 dimulakan dengan musibah buat negara. Yang terbesar dan nampaknya kian membarah ialah gejala hedonisme di kalangan anak-anak muda. Penganjuran pool party menyambut Tahun Baru 2018 ada sesuatu yang amat menyedihkan dan mengecewakan.

Memang seronok, menghairahkan dan menaikkan syahwat lelaki perempuan begesel badan di dalam air dalam suasana menjijikkan ini. Apa berlaku selepas pool party tidak dilaporkan. Zina dan seks bebas adalah suatu perkara yang hampir pasti berlaku. Dalam kolam dikatakan ada yang bertudung turut terlibat.

BACA:  Zikir Penawar Duka Lara dan Ubat Ketenangan Di Dalam Jantung Hati yang Tidak Diketahui Ramai....Mohon Kongsikan

Bagaimana tergamak sebuah tempat pelancongan menganjurkan perkara sebegini jijik. Setuju penganjur pesta ini perlu disiasat dan tindakan undang-undang sewajarnya perlu diambil.

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

 

Seharusnya sambutan tahun baru ini tidak perlu diperbesarkan atau dianjurkan. Kalau kita boleh batalkan pada 2004 kerana Tsunami di Acheh, seharusnya kita tidak perlu bencana alam untuk tersentak lagi. Pujian kepada kerajaan Terengganu yang dari awal menyebut bahawa sambutan tahun ini dibuat sesuai dengan akhlak Islam dan adab Timur. Bukti ianya boleh dilaksanakan dan kerajaan seharusnya menjadi contoh penunjuk jalan bukan sebaliknya.

2018 bermula lagi dengan musibah apabila perompak melakukan rompakan siang hari di hadapan para pengunjung pusat beli belah dan melarikan barang kemas bernilai lebih RM1.5 juta dalam masa 3 minit. Sudah terjadi seumpama cerita filem aksi.

BACA:  Kebaikan Merendam Kaki Di Dalam Air Garam! Subhanallah, Kaki Berbau Pun Boleh Hilang Baunya

Keberanian melanggar batas-batas kehidupan beragama dan undang-undang ini menjadi pembuka tahun baru 2018. Tahun yang mencabar dan bakal mengejutkan buat seluruh umat Islam.

 

Sumber: Facebook Ustaz Hj Omar Kassim 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel