≡ Menu

11 Perkara Yang Membatalkan Solat! Perlu Cakna


Terdapat sebelas (11) perkara yang membatalkan solat.

Oleh itu, perkara-perkara yang tidak termasuk dalam senarai sebelas perkara ini tidak dikira membatalkan solat.

Sekiranya solat itu batal maka wajib dia mengulangi semula solat tersebut.

Apakah perkara-perkara tersebut?

Antara perkara yang membatalkan solat adalah seperti:
1. Berkata-kata dengan sengaja.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Berkata-kata dengan sengaja yang selain daripada al-quran, zikir atau doa dua huruf dan ke atas walau tidak difahami, atau satu huruf yang difahami maknanya.

2. Menambah atau mengurangkan perbuatan rukun solat.

Membuat beberapa perbuatan yang pada urufnya (adatnya) tidak disuruh melakukannya dalam solat.

3. Kedatangan hadas.

Sama ada hadas kecil atau hadas besar.

4. Najis yang tidak dapat dimaafkan.

Kedatangan najis yang tidak dimaafkan sama ada pada badan dan pakaian.

Sekiranya jatuh najis yang kering pada pakaian dan boleh dibuang pada masa itu juga, maka tidaklah batal solat.

Tetapi najis itu tidak boleh disentuh dengan tangan.

5. Terbuka aurat.

Terbuka aurat walaupun tidak dengan sengaja seperti ditiup angin tetapi sekiranya boleh ditutup sekejap itu juga, maka tidaklah terbatal.

6. Membelakangkan kiblat dengan dadanya.

7. Mengubat niat

Umpamanya ia solat fardu zohor kemudian ditukar niatnya kepada solat sunat zohor maka batal solatnya.

BACA:  Khasiat Untuk Kesihatan Dari Tomato, Ramai Orang Kalau Beli Nasi Ayam, Tomato Dibuang

Tetapi kalau berniat sunat mutlak tidaklah batal.

8. Makan walaupun sedikit

Seperti menelan sebiji nasi di dalam mulutnya kecuali dia terlupa.

9. Minum

Seperti menelan air liur yang masih lagi terasa manisnya.

10. Mengeluarkan suara selain bacaan dalam solat.

Seperti ketawa sehingga terkeluar suara yang mengandungi dua huruf, begitu juga menangis.

11. Murtad iaitu keluar daripada agama Islam

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel