≡ Menu

100 Pukulan Di Dalam Kubur Kerana Tidak Berwudhu’. Masya’Allah


RASULULLAH SAW menyebut: “Tiadalah satu saat yang lebih aku bimbang dan lebih huru-haranya saat itu apabila manusia sudah dimasukkan ke alam barzakh.” Alam barzakh merupakan alam yang jauh lebih besar berbanding alam di dunia ini, kerana ia merupakan dua keadaan yang berbeza iaitu alam yang diberikan nikmat oleh Allah kepada orang-orang mukmin dan alam yang dilalui oleh mereka yang menerima azab kubur.

Firman Allah SWT: “Dan Sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan akan Kami himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.”(Surah Taha: 124). Abu Said al-Qudri RA dan Abdullah bin Mas’ud di dalam mentafsirkan ayat ini, kehidupan yang sempit bermaksud siksa kubur atau azab kubur. Di dalam Surah al-Thur, ayat ke 47, “Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab siksa selain dari azab yang tersebut, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”. Ini adalah gambaran dalil oleh Allah SWT tentang wujudnya azab kubur di alam barzakh. Riwayat daripada Zar bin Jaish daripada Ali RA, katanya dahulu para sahabat ragu-ragu terhadap azab kubur. Lalu turun surah At-Takathur ayat 3-4: “Jangan sekali-kali (bersikap demikian). Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat!”

Azab kubur akan dilalui oleh dua kelompok manusia dan di antaranya ialah orang yang melakukan maksiat kepada Allah, mereka beragama Islam tetapi telah derhaka kepada Allah SWT. Rasulullah SAW menyenaraikan beberapa sebab mereka menerima azab, pertamanya ialah mereka tidak membersihkan air kencingnya dengan sempurna dan membiarkan dirinya beribadat di dalam keadaan memakai pakaian yang kotor dan bernajis. Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, Ibnu Abi al-Dunya dan Al Jiri menceritakan Abu Hurairah RA pernah menuturkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Bersihkanlah diri kamu daripada air kencing. Setiap kali kamu membuang air kecil, perkara yang perlu dijaga ialah membersihkannya dengan sempurna kerana kebanyakan azab kubur itu datangnya daripada air kencing.”

BACA:  6 Tips Bezakan Madu Asli Dengan Madu Tiruan

Seterusnya Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani melalui slot Mau’izati di IKIMfm yang bersiaran setiap Khamis jam 5.15 petang berkongsi faktor kedua yang menyebabkan seseorang itu diazab di dalam kubur kerana pada masa hidupnya dahulu sering melaga-lagakan sesama muslim dan suka melihat mereka bermusuh-musuhan di antara satu sama lain. Dalil yang disebut oleh Imam al-Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abi Syaibah menceritakan pernah suatu ketika Ibnu Abbas RA menuturkan bahawa Rasulullah SAW pernah berjalan melintasi dua kubur. Lalu baginda memandang ke arah kubur itu dan menyebut, Sesungguhnya kedua-dua orang di dalam kubur ini sedang diazab, bukan kerana melakukan dosa besar. Pertama kerana tidak membersihkan air kencingnya dan tidak beristibra’, dan kedua ialah sikapnya yang suka melaga-lagakan orang lain.

Sebab ketiga orang yang beriman tetapi dikenakan azab kubur ialah sikap suka mengumpat yang merupakan satu perbuatan yang keji. Allah mengingatkan setiap kali mereka mengumpat seumpama memakan daging saudaranya sendiri. Di dalam hadis riwayat Ibnu Abi Al-Dunya dan Al-Baihaqi, Maimunah menuturkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Maimunah, berlindunglah kamu kepada Allah daripada azab kubur. Sesungguhnya di antara azab kubur yang paling pedih adalah disebabkan oleh mengumpat dan kerana air kencing.” Daripada Ibnu Syaibah menyebut Rasulullah pernah mendatangi sebuah kubur yang penghuninya sedang diazab dan baginda menyebut sesungguhnya dia telah memakan daging manusia (mengumpat). Kemudian baginda meminta agar diambil pelepah kurma yang masih basah, lalu diletakkan di atas kubur itu. Baginda diriwayatkan bersabda mafhumnya, mungkin pelepah itu akan dapat meringankan azabnya selagi mana pelepah itu masih basah. Kerana selagi pelepah itu masih hidup, ia akan berzikir dan mendoakan orang yang berada di dalam kubur itu.

Kemudian mereka yang akan diazab di alam kubur ialah orang yang mengambil harta orang lain. Di antara satu bebanan bagi seseorang ialah mengambil harta orang lain seolah-olah harta itu miliknya sendiri. Menggunakan kemudahan talian yang bukan milik kita untuk tujuan melayari internet dan sebagainya turut tergolong di dalam perlakuan menggunakan sesuatu yang bukan merupakan hak kita. Cuba bayangkan jika kita meninggal dunia sebelum sempat melunaskan bayaran penggunaan talian tersebut, ia akan menjadi tanggungan kita di dalam kubur nanti. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Al-Nasaie, Ibnu Khozamah dan Al-Baihaqi katanya Abu Rafiq menyebut: “Aku pernah berjalan bersama Rasulullah SAW di perkuburan Baqi’, lalu baginda berkata, “Ah! Ah!”. Aku menyangka Rasulullah marah padaku. Kemudian aku bertanya kepada baginda, “Ya Rasulullah, apakah yang telah menimpa dirimu?”. Baginda berkata, “Apa itu?”. Abu Rafiq bertanya sama ada Rasulullah marah kepadanya kerana secara tiba-tiba baginda menyebut Ah! Ah!. Rasulullah berkata baginda tidak marah kepadanya, tetapi kerana si fulan yang berada di dalam kubur itu pernah diutuskan oleh Baginda SAW untuk membahagikan harta rampasan kepada bani fulan. Lalu dia mengambil baju untuk dirinya sendiri dan anak-anaknya. Sekarang dia dipakaikan semula baju besi yang serupa daripada api neraka Allah kepada dirinya. Oleh itu berhati-hatilah memegang amanah yang diberikan agar ia tidak akan menempah azab kepada kita di alam kubur nanti.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Faktor lain yang menyebabkan seseorang itu dikenakan azab kubur ialah tidak menghulurkan bantuan kepada mereka yang teraniaya atau dizalimi. Wajib menjadi tanggungjawab kita untuk membantu golongan ini. Rasulullah mengingatkan agar kita membantu mereka yang dizalimi, dan orang yang menzalimi orang lain dengan menahan dirinya daripada terus melakukan perbuatannya. Ibnu Mas’ud RA menyebut Rasulullah SAW pernah bersabda: “Pernah diperintahkan kepada kubur untuk memukul salah seorang daripada hamba Allah dengan seratus pukulan. Tetapi setiap kali pukulan dia memohon kepada Allah agar dikurangkan siksaannya hingga akhirnya menjadi hanya satu pukulan sahaja. Lantas kuburnya dipenuhi dengan api dan setelah api itu hilang, dia tersedar dan bertanya kenapa dirinya dipukul. Malaikat menjawab: “Kamu pernah mendirikan solat ketika di dunia dahulu tanpa berwudhuk, dan kamu juga pernah melintasi dan melihat orang yang dizalimi itu terus dizalimi.”

BACA:  “Doktor, Boleh Ke Mandikan Waktu Anak Demam?” Baca Jawapan Ini Untuk Selamatkan Si Comel!

sumber: Ikim

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel