≡ Menu

10 Jenis Makanan Tempatan Yang Menggemukkan! Patutlah Diet Asyik Gagal Je


Makanan Tempatan memang sedap dan menggiurkan. Siapa yang tidak terliur kalau melihat sajian makanan tempatan yang tersedia menanti untuk di-ngap sahaja oleh kita dipasar malam mahupun di restoran-restoran. Tetapi, dalam aneka makanan tempatan yang ada dipasaran, berikut adalah Top 10 Makanan Tempatan yang Menggemukkan.

Yang Pertama ialah Roti Canai. Sekeping roti canai tanpa kuah boleh mencecah 300 kalori. Belum lagi roti telur, roti sardin, paratha dan sebagainya. Ditambah pula dengan kuah kari pedas ala-ala mamak dengan sedikit daging ayam dan kentang. Fuh!! Kalau sekeping dah 300 kalori, kita mana kenyang dengan sekeping. Ia sememangnya murah, mudah, cepat, tetapi, ia tidak menyihatkan.

Yang Kedua ialah Nasi Lemak. Sebungkus nasi lemak sederhana besar mempunyai anggaran kalori 300-450. Belum lagi ditambah telur mata, sambal paru, sambal sotong dan aneka lauk yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Kalau Ditambah lauk, boleh mencecah 600-700 kalori.

Yang Ketiga ialah Fast Food. Fast Food memang sedap, dan tidak lah menjadi kesalahan jika kita hendak makan sekali-sekala. Tetapi wajar diingat kerana ianya tidak seimbang dan tinggi dalam kalori. Sebagai contoh, ayam goreng, french fries dan disaji bersama air berkarbonat. Ianya tidak lah seimbang dan tinggi kolestrol. Satu hidangan “saiz besar” boleh mencecah 900 kalori.

BACA:  10 Cara Meraih Rezeki Yang Halal. Inilah Caranya Yang Sebetulnya

Local Fast Food a.k.a Mamak. Sedia maklum bahawa kita gemar untuk makan di kedai mamak. Kenapa? Pantas, Murah dan Mudah. Pelbagai sajian yang tersedia di kedai mamak amatlah tidak menyihatkan. Teh tarik amatlah tinggi kandungan gulanya, roti canai tinggi kalorinya dan mee goreng mamak, nasi goreng mamak boleh mencecah sehingga 500-600 kalori.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Donat. Donat sememangnya sedap dan manis. Dicelup pula dengan coklat atau gula. Memang Sedap! Purata kalori donat setiap satu adalah 200 kalori. Kalau Beli 5 Percuma 1 dah 1200 kalori. Purata kalori yang diperlukan dalam sehari ialah 1500 sahaja. Kalau 6 biji donat, tinggal lagi 300 kalori, belum dicampur makan malam, dan makan tengahhari.

Pisang Goreng. Pisang Goreng adalah satu tradisi dalam masyarakat kita. Kalau pulang dari bekerja, mesti bawak pulang pisang goreng untuk anak isteri. Sweet bukan? Tapi 1 pisang goreng bersamaan 90 kalori. Kalau 5 RM2, dah 450 kalori. Takkan Beli RM2 je kan?

Minuman Bergula/Bergas. Secara Mudahnya, 1gram gula mengandungi 4 kalori. Dan gula merupakan kandungan utama bagi jenama jenama minuman bergas di Malaysia. Purata kalori ialah 150 kalori bagi setiap tin.

BACA:  Rupanya Nafkah Anak Selepas Kematian Ayah Bukanlah Jatuh Pada Tanggungjawab Mak, Sebaliknya..

Teh Tarik juga merupakan punca kegemukan di negara kita. 1 cawan teh tarik bersaiz sederhana bersamaan 90 kalori. Tetapi masalah teh tarik ialah konsumsi nya secara berterusan. 2-3 cawan teh tarik setiap hari bersamaan dengan 80000 kalori setahun!

Seperti Minuman Bergas dan Teh Tarik, Kuih Muih juga kaya dengan gula. Kalau tak percaya, lihat sahaja di musim perayaan, pasti ada catuan gula dilakukan di pasaraya. Cara mudah untuk mengira kalori pada kuih ialah, anggarkan satu kuih bersamaan 120 kalori.

Yang Terakhir ialah nasi! Ya Nasi. Kita sering mendengar keluhan kawan-kawan kita, “Aku mana boleh tak makan nasi! Perut Melayu!” Yang sebenarnya nasi tidak salah, kerana ia tetap merupakan sumber tenaga yang sihat, masalah pada nasi ialah kadar pengambilannya yang berlebihan! Ingat petua mudah ini! Satu genggam bersamaan 150 kalori! Jangan sesekali berlebihan!

 

Sumber: Kevin Zahri

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel