Nabi Muhammad S.A.W merupakan manusia teragung di atas muka bumi ini. Bagi orang Islam, sama ada mengenali sedikit atau banyak, kita wajib mempercayai dan beriman bahawa baginda adalah pesuruh Allah.
Sehingga hari ini, Barat masih tidak berputus asa dalam usaha memburukkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad, dengan menyebarkan fitnah mengatakan bahawa baginda adalah penipu. Namun begitu, ramai cendekiawan Barat berpandangan sebaliknya.
Ini adalah pendapat 10 cendekiawan Barat mengenai Nabi Muhammad S.A.W
1. Mahatma Gandhi
Young India tahun 1924 :
“Saya menjadi lebih yakin bahawa pedang bukanlah penyebab Islam memenangi hati orang-orang terdahulu menjadikan sebagai pegangan hidup. Ia adalah kesederhanaan yang tegas, ciri-ciri dan peribadi nabinya (Muhammad) yang sangat hebat, perhatian yang teliti terhadap janji-janjinya, penabdian yang kuat terhadap sahabat-sahabat dan pengikutnya, keikhlasannya, ketakutannya, kepercayaan yang mutlak teradap Tuhan dan misinya sendiri,”
“Perkara-perkara ini yang berjaya mengatasi setiap masalah, bukannya pedang yang dipegang serta segala yang dibawa dihadapan mereka. Apabila saya menghabiskan jilid kedua biografi baginda, saya sedih kerana tiada lagi yang saya boleh baca mengenai kehidupan baginda yang sangat menakjubkan,”
2. George Bernard Shaw
The Genuine Islam Jilid.No.8, tahun 1936 :
“Saya sentiasa memandang agama yang dibawa Muhammad dengan pendangan yang tinggi kerana kekuatan dan keindahannya. Ia satu-satunya agama yang bagi saya, mampu memproses keupayaan pemahaman ke fasa kewujudan yang berubah-ubah, membuatkan ia menarik minat setiap lapisan umur.
Saya telah mengkaji mengenai Muhaamad, baginda adalah lelaki yang sangat hebat dan patut digelar sebagai penyelamat manusia. Saya menjangkakan kepercayaan Muhammad ini boleh diterima di Eropah pada masa akan datang, kerana ia mula diterima di Eropah pada hari ini,”
3. Dr. William Draper
“4 tahun selepas kematian Justinian, 570 Masihi, lahirnya di Mekah, seorang lelaki yang membawa pengaruh yang paling besar kepada umat manusia. Menjadi ketua agama kepada banyak empayar, memberi panduan dalam kehidupan harian kepada satu pertiga populasi manusia. Beliau sememangnya layak mendapat gelaran Pesuruh Allah.”
4. Alphonse de Lamartine
Histoire de la Turquie, Paris 1854, Jilid II, muka surat 276-77 :
“Jika kehebatan sesuatu tujuan, sekecil-kecil cara, dan hasil yang sangat mengejutkan adalah 3 kriteria yang membuktikan hebatnya manusia, siapa yang berani untuk membandingkan mana-mana individu hebat dalam dunia moden dengan Muhammad?
Lelaki yang paling terkenal dan terhebat hanya menghasilkan senjata, undang-undang dan empayar sahaja. Mereka menghasilkan, jika ada apa-apa pun, hanyalah kekuatan kebendaan yang sering hancur di depan mata mereka sendiri.
Namun lelaki ini bukan sahaja menggerakkan pasukan tentera, perundangan, empayar, rakyat dan dinasti, malah berjuta-juta manusia (satu pertiga) daripada populasi dunia ketika itu. Lebih daripada itu, baginda menggerakkan mazbah-mazbah (Kristian), tuhan-tuhan (berhala), agama-agama, idea-idea, kepecayaan-kepercayaan dan juga roh-roh.
Kesabaran dalam kemenangan, cita-cita baginda diabdikan kepada satu tujuan, dan bukannya hanya berusaha untuk sebuah empayar. Doa dan sembahyangnya yang tak berkesudahan, perbualan dengan Tuhan, kewafatan dan kejayaan selepas kewafatannya. Semua ini membuktikan ia bukanlah kepuraan, tetapi kepercayaan yang tegas membuatkan baginda berkuasa untuk mengembalikan kepercayaan sebelumnya.
Ahli falsafah, pemidato dan penceramah, rasul, penggubal undang-undang, pahlawan, penakluk gagasn, pengembali kepercayaan, pengasas dua puluh empayar darat dengan satu empayar agama, dia adalah Muhammad. Mengikut semua piawaian yang digunakan bagi mengukur kehebatan manusia, kita hanya boleh bertanya, wujudkah mana-mana individu yang lebih hebat daripada Muhammad?”
5. Leo Tolstoy
“Muhammad sentiasa berada lebih tinggi daripada Kristian. Baginda tidak menganggap Tuhan sebagai manusia, dan tidak pernah menyamakan tarafnya dengan Tuhan. Orang Islam tidak menyembah apa-apa melainkan Allah dan pesuruh-Nya, iaitu Muhammad. Tiada misteri dan rahsia mengenai perkara ini”
6. Reverend Bosworth Smith
Mohammed and Mohammadanism, London tahun 1874, muka surat 92 :
“Muhammad adalah seperti Caesar dan Pope digabungkan. Beliau seperti Pope tetapi tanpa keinginan untuk mendapat perhatian dari orang lain. Beliau seperti Caesar, tetapi tanpa tentera seperti Caesar.
Tanpa tentera di sekelilingnya, tanpa pengawal peribadi, tanpa istana, dan tanpa gaji tetap; jika ada mana-mana lelaki yang mempunyai hak untuk berkata beliau memerintah dengan wahyu yang sebenar, ia adalah Muhammad, kerana baginda mempunyai kuasa tanpa alatannya dan bantuannya.”
7. Profesor Ramakrishna Rao
“Personaliti Muhammad, ia adalah satu perkara yang tersangat sukar untuk dihadamkan. Saya hanya mampu memproses sekilas daripadanya sahaja. Ia merupakan kejayaan dramatik yang sangat indah. Baginda adalah Muhammad, seorang nabi, seorang pahlawan, seorang ahli perniagaan, seorang negarawan, pemidato, pembawah pembaharuan, pelindung anak yatim dan hamba, pemerdeka wanita, hakim, dan wali.
Segala peranan yang digalas dalam segala jabatan kemanusiaan ini, baginda merupakan seorang wira,”
8. Montgomery Watt
Mohammad at Mecca, Oxford tahun 1953, muka surat 52 :
“Kesediannya untuk menghadapi penganiayaan semata-mata kerana kepercayaannya, karekter bermoral tinggi membuatkan baginda dijadikan pemimpin, kehebatan pencapaiannya – semua orang berhujah mengenai keikhlasan dan integriti asas baginda. Namun, untuk mengatakan Muhammad sebagai penipu menimbulkan lebih banyak masalah, daripada menyelesaikannya.
Tidak ada satu pun tokoh-tokoh besar sejarah yang kurang dihargai di Barat sebagaimana Muhammad.”
9. Annie Besant
The Life and Teachings of Muhammad, Madras tahun 1932, muka surat 4 :
“Adalah sangat mustahil bagi mana-mana individu yang mengkaji kehidupan dan watak Nabi Muhammad, yang tahu bagaimana baginda mengajar dan hidup, untuk merasakan apa-apa, selain daripada penghormatan terhadap baginda.
Walaupun apa yang saya sampaikan kepada anda mungkin anda juga pernah tahu mengenainya, namun saya sendiri apabila membaca kembali mengenai Muhammad, pasti akan wujud rasa kagum yang baru, rasa penghormatan terhadap manusia hebat ini,”
10. Thomas Carlyle
Heros and Heros Worship :
“Bagaimana seorang laki-laki bersendirian, mampu menggabungkan dua bangsa yang berperang antara satu sama lain, menjadi negara yang paling berkuasa dan bertamadun, hanya dalam kurang 20 tahun?
Pembohongan dan fitnah-fitnah oleh Barat yang dilontarkan kepada Muhammad hanyalah memalukan diri kita sendiri. Jiwa yang sangat hebat dan bersungguh-sungguh. Muhammad ditakdirkan menyinari dunia, melalui arahan Pencipta bumi ini”
Sumber: iluminasi.com
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel