≡ Menu

Ternyata Muzik Juga Ada Manfaatnya. 5 Manfaat Muzik Yang Tak Ramai Tahu


Tahukah anda bahawa muzik itu satu terapi kepada kehidupan seharian malah perkembangan yang baik untuk kesihatan termasuklah kepada kanak-kanak. Kajian mendapati muzik secara tidak langsung boleh mempengaruhi otak untuk meredakan ketegangan.

Tertarik untuk berkongsi kepada anda kelebihan yang diperolehi jika mendengar muzik seperti yang dilaporkan oleh portal kesihatan hellodoktor…

Bantu Simptom Autism

Ya. Kanak-kanak dan orang dewasa yang menghidap autism akan mengalami kesukaran menyampaikan emosi dan empati kepada orang lain dan pelbagai simptom lain yang melemahkan. Tetapi terapi muzik boleh membantu mereka mengurangkan tekanan dalaman dan halangan untuk berinteraksi.

Mengurangkan Kebimbangan Dan Stres

Mendengar muzik secara semulajadi melegakan tekanan, dan apabila dilakukan dalam persekitaran sesi terapi yang terkawal, ia boleh menurunkan tahap hormon tekanan di dalam badan dan membantu seseorang mengawal mood dengan lebih baik.

BACA:  Perbezaan Sakaratulmaut Orang Yang Beriman Dan Tidak Beriman

Membantu Perkembangan Janin

Ibu hamil akan sering memainkan muzik untuk bayi dan ia satu tindakan yang baik. Penyelidikan menunjukkan bahawa memainkan muzik yang diarahkan pada rahim semasa kehamilan menyebabkan kanak-kanak menjadi lebih responsif terhadap muzik selepas lahir. Menariknya, muzik juga boleh mempengaruhi perilaku positif neonatal. Selain itu, ia juga membantu mengurangkan tahap tekanan dan mengimbangi hormon ibu.

Menyihatkan Jantung

Percaya atau tidak, apabila anda mendengar muzik, tubuh akan bertindak balas tanpa anda sedari. Muzik boleh mempengaruhi kadar jantung dan membantu meningkatkan tahap tekanan darah. Ini kerana muzik mempunyai keupayaan untuk menurunkan tekanan dan kebimbangan, yang secara langsung menurunkan tekanan darah.

BACA:  8 Tatacara Berdoa Yang Penting Jika Mahu Doa Dimakbulkan Allah

Membantu Kemurungan

Sebelum memilih ubat-ubatan, terdapat pelbagai cara semulajadi untuk meningkatkan mood dalam jangka panjang seperti bersenam dan meditasi (menenangkan diri). Apabila anda mula bekerja, perkara luar biasa mula berlaku terhadap tubuh dan minda anda. Oleh itu, penyelidik mendapati terapi muzik boleh membantu, bukan sahaja meningkatkan mood depresi tetapi mengawal kadar degupan jantung, kadar pernafasan dan tekanan darah.

Jadi, siapa kata muzik itu melalaikan… Hurmmm

 

Sumber

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel