≡ Menu

Tercabar Emosi Ketika Anak Tantrum? Ini 5 Makanan Wajib Dielakkan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu


Siapa diantara anda yang pernah mengalami situasi dimana anak suka mengamuk dengan tiba-tiba? Ada pendapat yang mengatakan bahawa pengambilan makanan punca anak anda suka mengamuk. Anda memberi anak anda makanan yang salah.

Kita sebagai ibu atau bapa kadang-kadang boleh ‘naik angin’ bila anak anda tiba-tiba buat perangai di tempat awam. Walhal sebelum itu elok je perangainya.

Apa yang kita tahu dia tiada masalah, kita tidak memarahinya tetapi tiba-tiba sahaja dia ‘bad mood’. Cuba ibu atau bapa ingat kembali apa yang anak makan sebelum itu?

Benarkah jika anak anda suka mengamuk itu berpunca daripada makanan?
Untuk pengetahuan anda, pengambilan makanan tertentu boleh merosakkan mood anak anda. Mereka boleh bertukar karektor menjadi sensitif, cepat marah, agresif dan pendek kata kebanyakannya yang negatif. Oleh itu adalah lebih baik jika ibu-ibu semua ambil tahu apakah jenis makanan yang wajib dielakkan oleh anak-anak anda.

1. Produk Tenusu

Kalau anak anda jenis yang alergi kepada protein yang ada dalam produk tenusu, mereka akan menunjukkan gangguan kepada mood dan kelakuan lain iaitu bertukar menjadi agresif dan sensitif apabila terdedah kepada laktosa. Jadi, jangan bagi anak yang alergi ini sebarang produk berkaitan tenusu kalau hendak keluar makan angin atau menghadiri majlis.

BACA:  Hukum Duduk Di Atas Katil Yang Ada Air Mazi! Ramai Suami Isteri Terlepas Pandang

2. Gula

Kanak-kanak memang pantang jika nereka nampak gula-gula. Jika diambil melebihi paras yang normal ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi terlalu aktif. Gula juga dikenal pasti sebagai penyebab utama masalah kesihatan untuk jangka panjang.

Jauhi anakanda dari makanan yg tinggi gula atau gula-gula
3. Pewarna Tiruan

Tahukan ibu ayah, pewarna tiruan yang banyak terkandung dalam makanan ringan mempunyai kaitan rapat dengan masalah ADHD, hiperaktif dan perubahan tabiat? Kebanyakan ibu dan bapa terlepas pandang dan hanya menyalahkan gula semata-mata. Jadi, berhati-hati dengan kehadiran pewarna tiruan ini yang selalunya tersembunyi dalam sebuku roti atau yogurt!

Hati-hati dengan pewarna tiruan pada makanan yang anakanda makan

BACA:  9 Sebab Kenapa Kita Tidak Boleh Terlebih Tidur. Sungguh Ngeri

4. Bahan Pengawet

Sekiranya anda suka memberi anak makan makanan proses, sila berhati-hati kerana makanan proses seperti makanan dalam tin dan produk sejuk beku mengandungi banyak bahan pengawet. Pemakanan yang kaya dengan makanan pengawet akan mempengaruhi perubahan perasaan kanak-kanak, perkembangan terbantut dan mempunyai masalah tidur.

Awas..Makanan proses banyak bahan pengawet

5. Bahan Perasa

Bahan perasa seperti monosodium glutamate (MSG) boleh menyebabkan sakit kepala dan hiperaktif kepada kanak-kanak.

Kanak-kanak menyukainya mi segera dan ianya bahaya kerana mengandungi MSG.
Seeloknya ibu masaklah sendiri makanan untuk anak-anak. Sekarang ni ada macam-macam jenis resipi homemade makanan sihat yang sesuai disajikan kepada anak-anak. Elakkan daripada membeli makanan segera, jajan dan makanan proses yang banyak mengandungi bahan pengawet dan pewarna. Inipun jika anda sayangkan anak-anak anda dan tak mahu mereka mengalami perubahan tingkah laku yang negatif yang memeningkan kepala anda.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!