≡ Menu

Tempoh Haid Lama, Heavy Flow Pulak Tu. Ketahui Punca Yang Mungkin Mengganggu Anda


HAID YANG PANJANG DAN BANYAK DARAH KELUAR
.
Kebiasaanya darah haid yang normal adalah lebih kurang 7 hari. Namun ada wanita yang mengalami pendarahan haid melebihi 15 hari sehingga menyebabkan wajah menjadi pucat dan cepat penat, sehingga rutin seharian terganggu. Keadaan ini dinamakan MENORRHAGIA apabila kedatangan haid yang berpanjangan dan kehilangan darah yang banyak. Dari sudut syari’e pendarahan haid yang melebihi 15 hari dikira sebagai darah istihadah, di mana seorang wanita itu diwajibkan bersolat dan berpuasa.
.
Banyak punca berlaku keadaan seperti ini. Antaranya puncanya ialah :
.
1. KETIDAKSEIMBANGAN HORMON

Dalam kitaran haid yang normal, keseimbangan di antara hormon estrogen dan progesteron akan menyebabkan lapisan dalam rahem (endometrium) menjadi tebal, kemudian akan runtuh menjadi darah haid. Jika ketidakseimbangan hormon berlaku, endometrium berkembang secara berlebihan dan akhirnya menyebabkan pendarahan haid yang banyak.
.
2. KEGAGALAN FUNGSI OVARI

BACA:  Obesiti Boleh Mengakibatkan 13 Jenis Kanser Ini!! Nauzubillah

Jika ovari tidak berfungsi dengan baik, ia tidak melepaskan telur dan ovulasi tidak berlaku. Ini mengakibatkan tubuh gagal menghasilkan hormon progesteron, dan akhirnya membawa kepada ketidakseimbangan hormon dan boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak.
.
3. FIBROID RAHIM

Fibroid rahim boleh menyebabkan pendarahan haid yang lebih banyak dan berpanjangan dari biasa.
.
4. POLIP

Ia adalah ketumbuhan yang kecil dan tidak berbahaya yang muncul pada permukaan dalam rahem dan boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak dan berpanjangan. Polip rahim sering berlaku pada usia wanita 30an akibat penghasilan kadar hormon yang tinggi.
.


5. ADENOMYOSIS

Keadaan ini berlaku apabila kelenjar pada lapisan dalam rahem (endometrium) menjadi tertanam di dalam otot rahim, biasanya menyebabkan pendarahan berlebihan dan haid yang menyakitkan. Adenomyosis sering berlaku pada wanita pertengahan umur yang telah mempunyai anak.
.
6. ALAT PERANCANG KEHAMILAN DALAM RAHIM (IUD)

BACA:  Nak Kahwin Dua? Buktikan Dahulu Kemampuan Suami, Jangan Ikut Nafsu Sahaja

Menorrhagia merupakan kesan sampingan apabila seorang wanita menggunakan alat perancang kehamilan IUD yang tidak mempunyai tambahan hormon. Jika IUD adalah penyebab pendarahan haid yang berlebihan, maka dinasihatkan agar alat ini dikeluarkan.
.
7. KANSER

Kanser rahim, kanser ovari dan kanser pangkal rahim juga boleh menyebabkan pendarahan haid yang berlebihan, tetapi jarang berlaku.
.
8. PENYAKIT KETURUNAN BERKAITAN DENGAN GANGGUAN PEMBEKUAN DARAH

Penyakit seperti penyakit Von Willebrand, suatu keadaan di mana pembekuan darah sukar berlaku, ia boleh menyebabkan pendarahan haid yang tidak normal.

9. UBAT-UBATAN

Ubat-ubatan tertentu, termasuk ubat-ubatan tahan sakit dan pencair darah boleh menyumbang kepada masalah pendarahan haid yang banyak dan berpanjangan.
.
Jika anda mengalami pendarahan haid yang berpanjangan, saya mencadangkan agar melakukan pemeriksaan bagi mencari punca masalah ini.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel