≡ Menu

Telefon Bimbit, Adakah Ini Yang Dikatakan Fitnah Dajal? Nauzubillah


Setiap apa yang kita kerjakan dari bangun pagi hingga ke malam.

Tangan kita seolah-olah menjadi magnet terhadap telefon bimbit.

Susah bagi kita untuk melepaskannya walaupun sesaat.

Astaghfirullah hal ‘azim, Astaghfirullah hal ‘azim. Astaghfirullah hal ‘azim .

Terlalu banyak masa yang telah dibuang dengan menghadap gajet tersebut sehingga mengabaikan tanggungjawab dan kewajiban kita yang sebenar.

Jika waktu itu digunakan untuk amal kebajikan maka itulah jalan terbaik yang akan menghasilkan kebaikan dan sebaliknya jika digunakan untuk ke arah keburukan maka tiada sebarang apa yang dihasilkan kecuali kerugian dan kecelakaan.

Allah S.W.T telah bersumpah dalam Surah Al-`Asr, ayat 1-3:

“Demi Masa!” {1} “Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian” {2} “Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” {3}

Kepesatan dunia hari ini telah mempengaruhi dan mengubah gaya hidup, pelbagai perkembangan teknologi yang lebih canggih dengan berbagai aneka bentuk, jenama dan ciri-ciri serta perisian yang menarik didalamnya seterusnya ini akan membuat seseorang menjadi tertarik tanpa mengira golongan.

Seterusnya, secara tak diduga alat ini telah menyerang akal kita, kita seakan tunduk padanya dan telah jauh dari agama Islam yang sebenar serta jauh dari berzikir atau berdoa kepada Allah S.W.T.

BACA:  Sudahkah Anda Membayar Zakat Fitrah? Baca Dahulu

Justeru itu, kita telah menjadi seorang penagih yang terlalu ketagih pada alat.

Allah S.W.T telah memerintahkan kita untuk menyembah kepada-Nya saja dan mengarahkan manusia untuk beribadah kepada-Nya dan melarang mereka dari menyekutukan-Nya. ​Allah S.W.T telah berfirman dalam Surah An-Nisa’, ayat 36:

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun…” {36}

Selain itu, dari aspek kekeluargaan dan persaudaraan pula telah menjadi jarang, renggang dan janggal kerana kini ikatan silaturrahim kita hanya melalui aplikasi di medan sosial saja seperti WhatsApp, Telegram dan sebagainya.

Hal ini seakan-akan kita bertemu hanya bersosial di alam maya sahaja setiap hari. Kenapa kita perlu berpecah belah dan putus tali persaudaraan?

Inikah cara yang dipupuk oleh agama Islam kita?

Namun bukan begini tatacara bersilaturrahim dalam agama Islam.

Sedarkah bahawa kita menjadi bongkak atau angkuh atau sombong dengan diri kita apabila teknologi di hujung jari kita punyai.

Allah telah befirman dalam Surah An-Nisa’, ayat 1:

“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” {1}

BACA:  Kekeliruan antara Masjid Al-Aqsa dan Dome of The Rock

Jelas sekali bahawa pengaruh alat ini amat mendalam.

Sayang sungguh, kita telah menjadi penagih yang begitu ketagih akan teknologi atau alat ini, jika sesaat saja gajet kita tertinggal atau terlepas dari pandangan betapa kita merasa sangat kehilangan.

Mana hilangnya sikap kita yang bertanggungjawab yang rajin melaksanakan ibadah kepada Allah S.W.T. Tepuk dada, apa kata iman anda!

Secara tidak sedar hati kita telah menjadi keras kerana terlalu asyik dan lalai dengah pengaruh alat tersebut.

Ia juga telah membuatkan hati kita kini mempunyai kebiasaan yang tidak lagi takut pada sesuatu pun.

Oleh itu, hati mula mengeras seperti batu. ​

Mari kita sama-sama kembali kepada Allah S.W.T, jangan sampai ada hal-hal yang menyibukkan kita sehingga melepaskan segala apa soal tanggungjawab kita yang sebenar.

Semoga gajet yang kita miliki adalah wasilah (alat) untuk kebaikan dan bukan wasilah dalam keburukan.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!