≡ Menu

Tak Tahu Fadhilat Sebenarnya!! Kunci Keluarga Bahagia Ada Pada Doa Ini. Kita Tahu Dan Selalu Baca.


Perkongsian buat semua
Rahsia mencipta hubungan mawaddah dalam rumah tangga.

Ya, rahsia besar yang tak ramai orang tahu terutamanya pasangan suami dan isteri. Izinkan saya kongsikan sedikit RAHSIA BESAR ini.

Tak lama, hanya pinjam 5 minit sahaja untuk membaca.

Baru-baru ni, waktu saya balik Johor, saya berpeluang bertemu dengan seorang Ustaz, iaitu Ustaz Sadini.

Ustaz Sadini merupakan seorang bekas doktor dan berkahwin dengan anak Mufti Brunei. Tutur kata memang begitu menenangkan jiwa yang mendengar setiap tazkirah yang keluar dari mulutnya.

Sempat saya bertanya kepadanya:
“Macamana nak buatkan suami mendengar nasihat dan pendapat isteri? Sebab macam yang kita tahu, ramai suami dil uar sana yang meletakkan ego di depan sekali apabila buat apa-apa keputusan di dalam rumah tangga.”

Ustaz Sadini jawab:
“Sebelum tu saya nak tanya, pernah tak kamu mendoakan angota badan suami kamu?”

Ustaz Sadini pandang semua yang hadir dan tanya lagi pada yang lain:
“Ada doakan anggota badan suami?
Suami pulak, ada doakan untuk anggota badan isteri?”

Ustaz Sadini pandang saya semula, menunggu jawapan. Ahhh sudah! Apa nak jawab? Sebab saya ak paham maksud soalan tu

BACA:  Mencium Tangan Alim Ulama'. Adakah Ia Dibolehkan Di Dalam Islam?

Tapi saya jawab juga:
“Saya biasa doakan suami saya dalam setiap sujud terakhir ketika solat, minta supaya ALLAH permudahkan setiap usaha suami mencari rezeki, menjadi suami dan ayah yang penyayang dan bertanggungjawab.”

Ustaz Sadini :
“Baik. Saya tak cakap benda tu salah yer. Cuma kurang betul. Kurang betul sebab pasangan suami isteri harus mendoakan anggota badan antara satu sama lain.Tapi tak ramai pasangan buat perkara ni. Sebab tu kurangnya hubungan yang MAWADDAH di dalam rumah tangga.”

Persoalannya, bagaimana nak mendoakan anggota tubuh badan pasangan secara specifik?

Di sini saya kongsikan.

Pegang tangan suami/isteri kita, usap tangannya sambil baca:

“Allahumma barik lanaa fima rozaktana wakina a’zabannar”

Habis baca sambung:

“YA ALLAH,BERKATI TANGAN SUAMI/ISTERIKU AGAR DIGUNAKAN KE JALAN YANG BAIK,DI HARAMKAN DARI API NERAKA.”

Pelik? Ya, kami semua yang hadir pun tercengang. Doa makan? Itu yang Ustaz Sadini bagitau, ramai ingat doa makan dibaca ketika makan sahaja. Sedangkan banyak fungsi doa makan tu untuk minta apa saja yang kita ada diberkati ALLAH.

BACA:  Suka Makan Jeruk Kulit Limau? Awas, KKM Sudah Sahkan Ia Mengandungi Plumbum

Ulang perkara yang sama pada setiap anggota badan pasangan kita

Ketika isteri hamil, bacakan juga doa tersebut sambil lekapkan tapak tangan pada perut isteri.

Ketika sedang bersama, lekapkan tapak tangan pada dada suami/isteri dan bacakan doa tersebut, minta hatinya diberkati ALLAH dan tidak terfikir langsung untuk berbuat perkara yang tidak disukai.Minta diharamkan hatinya dari api neraka.

ALLAHUUU, saya yakin ramai sangat yang tak tahu perkara ni kan? Pernah doakan tak anggota tubuh pasangan kita?

Dan yang terakhir ustaz Sadini kongsikan ketika suami bawa balik sekampit beras.Waktu dituang ke dalam tong beras, pegang butiran beras tu sambil bacakan juga:

“Allahumma barik lanaa fima rozaktana wakina a’zabannar”

Doa agar setiap butiran beras tu diberkati oleh ALLAH SWT.

Saya izinkan kalian kongsi, agar lebih ramai mendapat ilmu kecil yang merupakan salah satu RAHSIA BESAR mendapatkan hubungan yang MAWADDAH di dalam rumah tangga

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!