≡ Menu

Suka Guna Pengering Tangan Di Tandas? Baca Ini Dan Fikir-Fikirkan


Sehingga hari ini, kita diingatkan berjimat dan mengelak menggunakan tisu untuk mengelap tangan kerana cuba menaplikasikan tuntutan kerajaan yang cuba menyelamatkan bumi dari limpahan sampah yang seterusnya menggalakkan lagi penebangan pohon-pohon untuk penghasilan material kertas seperti tisu.

Namun begitu, tahukah kamu mengering tangan dengan mesin pengering tangan adalah lebih membawa padah?

Menurut kajian terkini yang heboh sekitar tahun lalu, saintis dan para pengkaji mendapati, kumn yang melekat pada tangan saat kamu membuang air (lebih-lebih lagi saat membuang air dalam tandas awam yang digunakan ribuan pengunjung saban hari) sekurang-kurangnya tidak akan terhapus sebaliknya, kembali melekat pada tangan sebaik ia dibasuh dan dikeringkan menggunakan mesin udara pengering yang dilengkapi di dinding-dinding fasiliti.

Mesin Pengering Tangan Sedut Kuman Dalam Tandas

BACA:  “Ustaz, Ada Tak Amalan Supaya Suami Pandang Saya…”

Tandas adalah tempat kotor yang disediakan buat mereka yang mahu membuang air. Sudah tentu antara kuman yang paling banyak berlegar di dalam tandas awam adalah E-Coli yang bahayanya mampu menyebabkan sakit perut dan muntah-muntah buat sesiapa yang terjebak dengannya.

Untuk pengetahuan semua, setiap kali orang mengepam tandas, segala kuman najis akan tercampak keluar hingga sejauh 10 hingga 15 kaki yang kemudian merebak ke pintu, dinding dan persekitaran tandas. Sebab itu kita digalakkan menutup mangkuk tandas apabila mahu mengepam.

Angin kuat yang akan dikitarkan oleh mesin pengering tangan itu pula sekaligus mengumpulkan kuman-kuman yang berkeliaran di dalam tandas bahkan menghembus kembali udara yang sudah dicemari kuman kembelai kepada tangan pengguna biarpun tangan sudah dibasuh dengan sabun sebersih-bersihnya. Jaga-jaga!

Cara Terbaik Mengering Tangan 

BACA:  Rahsia Sujud Kepada Kesihatan Otak Kita! Rupanya Inilah Kenapa Kita Sujud 17 Kali Sehari Semalam

Menurut pakar, kuman yang melekat pada tangan selepas keluar tandas tidaklah begitu berbahaya jika kita bijak menguruskan kebersihan diri. Justeru, cara terbaik untuk mengering tangan yang dianjurkan adalah dengan menggunakan tisu.

Meskipun begitu, mengering menggunakan tisu juga ada cara yang tersendiri di mana, pengguna perlu mengelapp tangan secara menyeluruh selama 15 hingga 20 saat meliputi kawasan di celah-celah jari dna kulit atas tangan -bukan sahaja mengelap telapak tangan semata. Walau bagaimanapun, tangan kamu pastinya akan dihinggap kuman kembali sebaik menyentuh objek-objek lain apabila keluar dari tandas.

Apa-apa pun bawalah bersama hand sanitizer dan tisu lembut ke mana sahaja kamu pergi sebagai medium pembasmi kuman okay? Selamat beramal!

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!