≡ Menu

Soya Boleh Menyebabkan Kanser Dan Cyst? Baca Lebih Lanjut


Dulu masa zaman belajar, adalah sorang kawan penulis ni kongsi tips macam mana nak besarkan ‘aset’. Katanya kalau nak besarkan payudara dan punggung, kita sebenarnya boleh amal makan atau minum air soya. Tapi betul ke… atau rekaan semata-mata?

Penulis tak adalah percaya 100 peratus. Lagipun makanan berasaskan kekacang seperti soya kan bagus. Namun ramai juga menolak pandangan itu kerana ada ura-ura mengatakan bahaya kacang soya adalah penyebab utama kanser!

Tempe adalah makanan segar yang dibuat menggunakan kacang soya sebagai ramuan utama. Sumber: saltmagazine.asia saltmagazine.asia
Untuk meleraikan kekeliruan semua, ini Wanista kongsikan fakta sebenar tentang kaitan Soya dengan ketumbuhan kanser seperti risa lendir (cyst).

Apa Itu Cyst?

Jangan salah faham, ketumbuhan yang sering dipanggil Cyst atau dalam bahasa Melayunya dipanggil risa lendir adalah bengkak disebabkan kandungan cecair yang terkumpul didalamnya.

Cyst merupakan sejenis ketumbuhan yang luar biasa pada mana-mana organ dalam badan manusia. Cyst ini selalunya mengandungi cecair dalamnya sama ada air, cecair becampuran protein atau darah, darah beku, darah haid, minyak atau lemak. Cyst ini juga kadang kala boleh datang dengan ketumbuhan daging seperti kanser, rambut, tulang dll.

BACA:  Hamas Umum Gerakan INTIFADA Akan Bermula Esok!

Contoh ilustrasi ketumbuhan risa lendir (cyst) pada bahagian rahim wanita. Smber: onlinehealth.wiki
Cyst ini juga boleh menandakan wujudnya penyakit yang kemungkinan boleh membawa masalah yang tidak diingini kepada pesakit. Oleh itu, ianya lebih baik untuk dikeluarkan atau dibuang.Walau bagaimanapun , Cyst selalunya tidak membahayakan dan bersifat ‘benign’.

Soya Bagus Atau Tak?

Setelah sekian lama pengambilan Soya sangat popular dalam kalangan masyarakat Asia sejak berkurun yang lalu, selama ini juga kita dihebahkan dengan kebaikan produk Soya yang mampu menurunkan kadar kolesterol, mengelak serangan sakit jantung dan banyak lagi. Namun, media secara tiba-tiba bagai menghangatkan kenyataan yang tiada bukti kukuh bahawa Soya adalah salah satu punca utama penyebab kanser.

Adakah Soya Selamat?

Jawab pakar pemakanan, Kristin Kirkpatrick, YA, Soya selamat untuk diamalkan.

Seperti yang dibincangkan dalam rancangan bual bicara kesihatan Dr. Oz, masyarakat sebenarnya sudah diracun dengan tanggapan salah. Orang menyangka kandungan estrogen yang terkandung dalam protin kacang soya akan memberi impak negatif untuk mengaktifkan sel kanser dalam tubuh manusia walhal, terdapat banyak lagi sumber makanan lain yang mengandungi estrogen tanaman seperti kacang tanah, kacang hijau dan biji rami (flax seed).

BACA:  Sejarah Kejatuhan Palestin Dan Kewujudan Israel

Jangan salah faham, kerana estrogen tanaman tidak sama dengan estrogen yang ada dalam badan manusia kerana ianya bersifat lebih nyaman (tidak berbahaya).

Jika kamu baca kajian tentang kanser yang diterbit dalam jurnal-jurnal kesihatan, Soya sebenarnya tidak meningkatkan risiko untuk seseorang menghidap kanser, bahkansebenarnya telah membantu menurunkan kadar risiko menghidap kanser itu sendiri.

Bukan tu je, satu kajian telah dilakukan untuk membanding penghidap kanser yang amal makan Soya dengan penghidap kanser yang tak makan Soya… mereka yang amal makan Soya lebih cepat sembuh bahkan risiko kanser untuk menyerang kembali juga rendah!

“Wanita yang amal makan tofu atau minum segelas susu Soya setiap hari adalah sukar dijangkiti kanser payudara sebayak 30%”.
Pokoknya, Soya tiada kena mengena dengan kemunculan kanser atau barah dalam kalangan manusia. Makan dan minumlah sebanyak mana susu soya yang kamu mahu asalkan ia adalah sumber susu soya yang tidak diproses. Ini kerana produk soya yang diproses dan sudah dicampur dengan perisa tambahan adalah tidak baik untuk kesihatan. Selamat beramal!

Sumber

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!