≡ Menu

Solat Sunat Qabliyah Maghrib


Dari Abdullah bin Mughaffal Al-Muzani r.a. Rasulullah saw telah bersabda:

صَلُّوا قَبْلَ صَلاَةِ الْمَغْرِبِ . – قَالَ فِي الثَّالِثَةِ -: لِمَنْ شَاءَ ، كَرَاهِيَةَ أَنْ يَتَّخِذَهَا النَّاسُ سُنَّةً

artinya : “Sembahyanglah kamu sekelian sebelum sembahyang fardhu maghrib – Rasulullah saw berkata sebanyak tiga kali dan pada kali yang ketiga baginda berkata “Bagi yang mahu.”

Kerana baginda tidak suka jika umatnya menjadikan itu sebagai suatu ketetapan. (Hadith Bukhari)

Dari Anas bin Malik r.a. telah menceritakan kebiasaan para sahabat r.a. ketika sudah masuk waktu maghrib :

كُنَّا بِالْمَدِينَةِ، فَإِذَا أَذَّنَ الْمُؤَذِّنُ لِصَلاَةِ الْمَغْرِبِ ابْتَدَرُوا السَّوَارِيَ، فَيَرْكَعُونَ رَكْعَتَيْنِ رَكْعَتَيْنِ، حَتَّى إِنَّ الرَّجُلَ الْغَرِيبَ لَيَدْخُلُ الْمَسْجِدَ فَيَحْسِبُ أَنَّ الصَّلاَةَ قَدْ صُلِّيَتْ، مِنْ كَثْرَةِ مَنْ يُصَلِّيهِمَا

BACA:  Adab Adab Bagi Yang Melakukan Korban, Perlu Baca!

artinya : “Kami dulu ketika di Madinah apabila muadzin melaungkan azan untuk solat maghrib, mereka (para sahabat) saling berlumba mencari tiang-tiang lalu mereka solat 2 rakaat. Sehingga ada orang asing yang masuk ke masjid untuk solat dia menyangka bahawa solat fardhu maghrib telah dilaksanakan dari kerana ramainya yang melaksanakan solat sunat sebelum maghrib.” (Hadith Muslim)

Dari Anas r.a. berkata :

لَقَدْ رَأَيْتُ كِبَارَ أَصْحَابِ النَّبِي صلى الله عليه وسلم يَبْتَدِرُونَ السَّوَارِي عِنْدَ الْمَغْرِبِ

artinya : “Sungguh aku melihat para sahabat Nabi saw yang terkenal saling berlumba mengejar tiang-tiang (untuk dijadikan tempat solat) ketika masuk waktu maghrib.” (Hadith Bukhari)

BACA:  Keguguran Berulang-ulang. Ini 10 Punca Kenapa Ia Terjadi! Wanita Perlu Baca

Menyebut Zir bin Hubaisy salah seorang tabi’in :

كان عبد الرحمن بن عوف ، وأبي بن كعب يصليان الركعتين قبل المغرب

artinya : Adalah sahabat Abdul Rahman bin Auf r.a. dan Ubay bin Ka’ab r.a. melakukan solat 2 rakaat sebelum maghrib. (Hadith Abdul Razzaq)

Keterangan:

Solat sunat qabliyah maghrib termasuk dalam solat-solat sunat ghairu muakkad yang bermaksud tidak kuat tuntutannya.

wallahua’lam

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel