≡ Menu

Silap Pilih Susu, Ini Padahnya! Awas Ibu Bapa, Jangan Tengok Iklan Semata-mata


Sebaik sahaja usia bayi meningkat, ibu yang bekerjaya umumnya akan menggantikan susu badan dengan susu formula yang dibeli di pasaraya. Namun apa yang ramai tidak tahu, bukan semua susu formula baik dan sesuai untuk bayi anda biarpun ia diyakini mengandungi vitamin dan nutrisi penuh untuk tumbesaran si cilik. Berikut merupakan antara beberapa faktor yang boleh diambil kira sebagai punca kepada masalah gigi dalam kalangan anak kecil.

SUSU FORMULA TINGGI KANDUNGAN GULA

Dalam iklan-iklan susu Formula yang ditonton menerusi kaca TV, kebanyakannya hanya mendedahkan betapa susu kaya dengan kandungan Asid Folik, Zat Besi, DHA, Vitamin D, Kalsium, Omega dan banyak lagi tetapi hakikatnya, ramai tidak tahu bahawa susu formula sebenarnya mengandungi kadar gula tinggi.

Baik susu berperisa coklat mahupun asli, rata-ratanya mendedahkan gigi anak kepada kerosakan berganda lebih-lebih lagi apabila susu tersebut diminum ketika hendak tidur.

BACA:  "Pertunangan Adalah Komitmen Yang Belum Pasti. Oleh Itu.." Ustaz Kazim

GIGI HITAM KERANA TERDEDAH PADA MINUMAN BERGULA

Kerapuhan gigi dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan gigi yang terdedah pada cecair bergula untuk jangka masa panjang. Ini termasuklah jus, minuman berkarbonat dan segala macam minuman lain yang mengandungi kandungan gula -boleh rujuk label info nutrien pada produk minuman.

Bukan itu sahaja, setiap kali anak meminum minuman bergula secara berterusan seperti susu formula itu sendiri, serangan asid akan berlaku pada gigi dan gusi lalu bermulalah kerapuhan gigi. (gigi pecah, patah, retak dan kehitaman).

CARA MENGATASI MASALAH GIGI RAPUH/HITAM
Cuba kurangkan pengambilan minuman atau makanan bergula secara berkala, sedikit demi sedikit dalam tempoh masa 2 hingga 3 minggu untuk membiasakan si anak.

-Cuba tambah sedikit air ke dalam bancuhan susu formula yang mengikut sukatan biasa.

-Kurangkan pengambilan susu formula. Boleh gantikan dengan puting atau susu lembu asli (tanpa gula) jika si ibu sudah tiada susu badan.

BACA:  Fadhilat-Fadhilat Mengamalkan Al-Mathurat. Amalkan pada Waktu Pagi dan Petang

-Jika anak masih meragam, boleh terus beri susu formula tetapi lebihkan air untuk seimbangkan kandungan gula.

-Kawal pengambilan gula anak di antara waktu makan.

-Nasihat doktor, satu-satunya cecair yang selamat untuk diberikan kepada kanak-kanak adalah air putih kerana ianya neutral tanpa gula atau perisa.

GIGI ROSAK PUNCA ANAK LEMBAB BERCAKAP

Apabila anak minum susu ketika hendak tidur, pengaliran air liur ketika itu sangat kurang seterusnya menggalakkan cecair bergula itu tadi berlegar di dalam mulut (sekitar gigi dan gusi) untuk jangka masa lama. Jika perkara itu dibiarkan tanpa pemantauan mahupun anak dibiarkan tidak memberus gigi, hal akan menjadi lebih parah -menyebabkan kesakitan dan jangkitan.

 

Sumber

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!