≡ Menu

Seorang Syahid Terkena Tembakan Tentera Rejim Israel


SEKURANG-KURANGNYA seorang rakyat Palestin terbunuh dalam pertembungan dengan tentera rejim Zionis susulan protes terhadap keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Dalam kejadian itu, mangsa telah ditembak mati oleh tentera Israel di sempadan Gaza ketika sedang menyertai ribuan lagi rakyat Palestin bagi membantah tindakan yang dibuat Presiden AS Donald Trump itu.

Menurut Bulan Sabit Merah Palestin, lebih 80 rakyat negara itu mengalami kecederaan ketika mengadakan protes di Tebing Barat dan Gaza yang dihujani peluru dan gas pemedih mata.

BACA:  Minum Pisang Dan Air Suam Pada Waktu Pagi, Anda Akan Rasa Kesannya!

Trump pada Khamis menjadi presiden pertama AS yang mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pada masa yang sama, beliau turut mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Keputusan itu menimbulkan kemarahan dunia termasuk Malaysia yang mahu negara itu mengkaji semula keputusan tersebut kerana ia dilihat sebagai satu pencerobohan terhadap bangsa Arab dan umat Islam.

BACA:  5 Pantang Larang Selepas Bersalin Yang Tahyul, Tetapi Kita Masih Percaya! Nauzubillah

Selain itu, pemimpin Hamas, Ismail Haniya menyifatkan keputusan tersebut sebagai deklarasi perang terhadap rakyat Palestin serta panggilan ‘intifada’ atau pemberontakan.

Haniya dalam satu ucapan di Kota Gaza pada Khamis berkata pengiktirafan Trump itu ‘membunuh’ proses perdamaian Israel-Palestin.

Sumber: Astro Awani

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel