≡ Menu

Sedangkan Nabi Muhammad Pun Istikharah. Ada Apa Dengan Istikharah?


ISTIKHARAH ialah menyerahkan urusan kepada Allah SWT dengan penuh rasa kehambaan kerana manusia mempunyai sifat kelemahan dan kekurangan. Justeru, apabila berdepan kebuntuan, segala-galanya diserahkan kepada Allah Maha Mengetahui dan Mengasihani.

Antara kelemahan manusia yang ketara ialah tidak tahu secara pasti apa yang terbaik untuknya. Jika bersandarkan kepada ilmu yang terbatas, dikhuatiri tersalah dalam membuat keputusan atau tindakan.

Allah SWT tidak membiarkan manusia terumbang-ambing, sebaliknya menunjukkan jalan supaya dapat dijadikan panduan seterusnya melaksanakan tindakan sewajarnya. Itulah bukti kasih sayang Allah SWT terhadap hamba-Nya.

Menerusi sunah kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW, membawa perintah untuk melaksanakan solat istikharah yang menjadi kunci melapangkan dada, mententeramkan jiwa dan menstabilkan fikiran bagi membuat pilihan.

BACA:  Isu Halangan Pekerja Bertudung Tidak Berperlembagaan – Nazri Aziz

Sungguhpun Nabi Muhammad SAW dikurniakan mukjizat, maksum daripada segala dosa dan diturunkan wahyu kepadanya, Baginda tetap sujud melakukan istikharah sebagai isyarat pengakuan terhadap hakikat diri yang tidak ada.

Rujuk Pada Allah 

Istikharah lambang kelemahan hamba di sisi Tuhannya, tetapi pada masa sama menjadi sumber kekuatan untuk menghadapi cubaan dan dugaan dalam kehidupan. Ia juga menghalang hamba daripada perasaan sombong seolah-olah mengetahui segala-galanya.

Bagaimanapun, tidak semua yang mahu memanfaatkan istikharah dalam mengembalikan jiwa yang tertekan kepada ketenangan dan masih degil untuk menyerahkan kepada kekuasaan Allah SWT.

Solat istikharah hukumnya sunat tetapi maksud tersirat di sebaliknya mempunyai nilai besar, iaitu mengajak manusia kembali merujuk kepada Allah SWT untuk mengeluarkan mereka daripada permasalahan dan berjaya mendepani cabaran.

BACA:  Cara-Cara Mengamalkan Teh Hijau Untuk Mendapatkan Manfaat Kesihatan. Baca Selanjutnya

Justeru, bersedialah mengaku kalah dan menyerahkan kepada yang Maha Mengetahui kerana itu lebih baik. Umat Islam sentiasa diingatkan, kita hanya merancang Allah SWT yang berkuasa menentukan dan Dia adalah sebaik-baik perancang.

Andai yang diharapkan tidak tercapai, jangan mudah berputus asa sebaliknya sentiasa berbaik sangka bahawa Allah SWT ingin memberi yang lebih baik, yang tidak terbayang atau tergambar oleh daya pemikiran manusia.

sumber: berita harian

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!