≡ Menu

Ruqyah Diri Sendiri. Ini Tatacara Untuk Meruqyah


Ruqyah merupakan satu kaedah penyembuhan cara Islam dengan membacakan sesuatu pada diri sendiri atau orang yang sakit akibat daripada penyakit ‘ain (mata hasad), sengatan haiwan berbisa, sihir, rasa sakit yang lain, gil4, kerasukan dan gangguan jin.

Meruqyah yang syar’i memiliki beberapa kriteria. Jika tidak memenuhi kriteria tersebut maka ianya tidak syar’i. Jadi tarafnya sama dengan jampi serapah yang dilakukan oleh para bomoh dan dukun.

Ruqyah diri

KRITERIA UNTUK MERUQYAH

Kriteria untuk merukyah yang syar’i yang bersesuaian dengan syariat Islam adalah berikut ini:

1. Bacaan ketika merukyah dengan menggunakan ayat Al Quran, doa yang syar’i atau yang tidak bertentangan dengan doa yang dituntunkan.
2. Menggunakan bahasa Arab kecuali jika tidak mampu menggunakannya.
3. Tidak bergantung kepada rukyah kerana ia hanyalah sebab yang dapat berpengaruh atau tidak.
4. Isi ruqyah jelas maknanya.
5. Tidak mengandung doa atau permintaan kepada selain Allah (seperti kepada malaikat, jin, atau makhluk lainnya).
6. Tidak mengandungi ungkapan yang diharamkan, seperti celaan.
7. Tidak mensyaratkan orang yang diruqyah mesti berada dalam keadaan yang aneh seperti mesti dalam keadaan junub, harus berada di tanah perkuburan atau mesti dalam keadaan bernajis.

BACA:  Inilah Dosa Free Yang Ramai Tak Sedar. Masih Ramai Mengabaikannya

RUQYAH UNTUK DIRI SENDIRI

Sebelum meruqyah diri sendiri seeloknya bertaubat ke atas semua kesalahan lampau
Berikut adalah cara meruqyah diri sendiri:

1) Istigfar 70 kali Astagfirullah Halazim Waatubu ilaih). Mohon ampun dan menyesal sepenuhnya atas dosa-dosa yang lepas dan Bertaubat Nasuha. Mohon Allah hilangkan segala penyakit, santau, sihir, saka dan lain-lain.
2) Selawat ke atas Nabi SAW 3 kali dengan mengangkat tangan seperti berdoa.
3) Membaca Surah Al-Fatihah
4) Membaca Ayatul Qursi
5) Membaca Surah Al-Ikhlas
6) Membaca Surah Al-Falaq
7) Membaca Surah AnNas

Nota: No.3 hingga No.7, Setiap kali selepas membaca surah hembus di tapak tangan. Sapu dari muka, kepala, hingga hujung kaki. Semasa sapu baca BISMILLAH dan ALLAHU AKBAR.

BACA:  Pemain Bola Sepak Beragama Islam Liga Perdana Inggeris 2017-18

Cara Sapu badan seperti sabun ketika mandi. Sapu perlahan-lahan.

PERINGATAN

Sila sediakan bag plastik berdekatan dengan anda. Dikhuatiri anda akan muntah jika ada gangguan.

Baca Juga – Jika Anda Rasa Terkena Sihir, Minum Air Kelapa

TANDA-TANDA ADA GANGGUAN

Kerap bersendawa, pening kepala, rasa gundah gulana, rasa panas pada bahagian tertentu anggota badan, terasa ada pergerakan di bawah kulit dan jantung berdebar tiba-tiba.

Teruskan kerana itu menandakan anda ada gangguan.

Jika ada tanda-tanda di atas, terus amalkan 2 kali sehari selepas solat Fardhu Subuh dan Maghrib selama seminggu berturut-turut.

Semoga Bermanfaat dan SELAMAT MERUQYAH. Jika anda tidak mampu buat sendiri sila hubungi perawat yang berkaitan.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel