≡ Menu

Ribuan sertai bantahan di Kedutaan AS


Ribuan rakyat Malaysia, mengenepikan perbezaan kaum, agama dan pendirian parti apabila bersama mengecam kebiadapan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, hari ini.

Orang ramai berarak bermula di hadapan ibu pejabat Tabung Haji usai solat Jumaat, kira-kira jam 1.45 petang menuju ke Kedutaan AS.

Perarakan disambut teriakan ‘Allahuakbar’ dan ‘Hidup Palestin’ dan ada membawa sepanduk ‘Selamatkan Palestin’ serta ‘Hancur Zionis’ sepanjang perarakan menuju ke Kedutaan AS itu.

BACA:  Carilah 7 Ciri-ciri Isteri Pengundang Rezeki Bagi Suaminya

Pada mulanya, demonstrasi berjalan lancar sehingga berlaku sedikit kekecohan apabila jalan utama di hadapan Kedutaan AS yang perlu dikosongkan dirempuh masuk sekumpulan peserta himpunan itu.

Lebih 200 anggota polis termasuk Pasukan Tindakan Ringan (LSF) menutup kawasan hadapan Kedutaan AS tetapi arahan polis tidak dipedulikan sehingga berlaku tolak-menolak antara polis dan orang ramai.

Bagaimanapun, keadaan kembali reda selepas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyerahkan memorandum kepada wakil Kedutaan AS pada kira-kira jam 2.40 petang tadi.

BACA:  Majlis Perkahwinan, Tanggungjawab Pengantin Lelaki Atau Mertua?

Antara kepemimpinan politik lain yang hadir adalah Naib Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun; Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Hadir sama wakil NGO dan rakyat Palestin.

Peserta demonstrasi bersurai kira-kira jam 3 petang tadi tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Bagaimanapun, demonstrasi menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang Jalan Tun Razak sejak jam 1.30 petang sehingga demonstrasi berkenaan selesai.

Sumber:bharian.com.my

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel