≡ Menu

Resipi Jus Petua Daripada Pesakit Batu Karang Untuk Melawaskan Kencing. Memang Lawas!


Sistem urinari merupakan sistem perkumuhan yang penting untuk badan kita. Kalau sehari tak pergi ke tandas untuk buang air kecil tu memang tak sah la kan? Jadi, melalui perkongsian  pesakit batu karang. beliau berkongsi satu resipi mengenai minuman kesihatan yang ternyata dapat membantu mencuci buah pinggang dan pundi kencing kita.

Bukan sahaja mereka yang mengalami masalah buah pinggang saja yang boleh minum, malah kita yang ingin menjaga kesihatan dari peringkat awal pun boleh minum tau. Jom cuba!

BACA:  8 Petua Menghalau Semut Daripada Gula. Jangan Dibuang, Membazir Amalan Syaitan

TIPS DARI PESAKIT BATU KARANG

Saya sebagai pesakit batu karang dalam buah pinggang dan pundi kencing . Kepada yang kencing tak lawas ,kencing rasa sakit, batu karang ,kencing kotor, apa saja lah yang berkaitan dengan buah pinggang dan pundi kencing,boleh cuba resepi ni…doktor yang bagi.

Dia sangat bagus untuk cuci buah pinggang dan pundi kencing. Doktor pesan cuba amal untuk 30 hari. Sehari minum 1 kali sahaja, terpulang nak minum waktu mana.

BACA:  Panduan Menguruskan Ubat Bagi Pesakit Kronik Ketika Bermusafir. Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati

BAHAN-BAHAN:

1. 1 biji epal hijau (tak payah buang kulit)
2. 1 inci timun (buang kulit)
3. 1 inci lobak putih (buang kulit)
4. 1 inci celery
5. 1 gelas air masak

Blend smua sekali, tak payah tapis.

READY TO DRINK

Senang saja caranya, boleh la kita cuba nanti ya. Jom jaga buah pinggang kita supaya sentiasa sihat!

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel