≡ Menu

Rawat Batuk Menggunakan Pisang Dan Madu! Tak Pernah Tahu Pun Sebelum Ni


Persekitaran pada zaman sekarang tidak sebersih pada zaman dahulu, dan ini bermakna kita lebih terdedah dengan pelbagai ancaman penyakit. Udara yang tercemar boleh mengakibatkan kita terkena asma, batuk, sakit tekak dan pelbagai lagi.

Jika kita ke klinik untuk mendapatkan rawatan, pasti akan diberikan ubat. Namun bukan semua daripada kita boleh menelan ubat-ubat berkenaan.

Batuk misalnya merupakan mekanisme perlindungan oleh tubuh badan bagi membersihkan saluran pernafasan namun ia juga mungkin menandakan penyakit bronkitis ataupun isu kesihatan yang lain. Pakar menjelaskan bahawa batuk yang akut berlangsung sehingga 3 minggu manakala batuk kronik pula berlangsung lebih daripada 2 bulan.

BACA:  5 Guideline Semasa Bertunang. Ini Cara Yang Islam Ajar

Batuk akut boleh disebabkan oleh kesejukan, selesema, rengsaan dan pneumonia sementara batuk kronik lazimnya disebabkan oleh alahan, asma, bronkitis dan penyakit refluks gastroesophageal atau titisan postnasal.

Jika anda tidak begitu sukakan ubat batuk sirap, anda boleh cuba cara yang lebih semula jadi untuk menyembuhkan batuk.

Sesetengah media melaporkan bahawa meminum air yang diperbuat daripada pisang dan madu sebenarnya memberi kesan yang sama dan berkesan dalam menyembuhkan batuk.

Jika anda mahu membuatnya, anda memerlukan:

Pisang yang ranum
Madu (2 sudu besar)
Air (kira-kira 400 milimeter)
Nota : Pisang organik dan madu mentah organik memberikan kesan yang lebih baik

Cara-caranya:

BACA:  RUMAH ANDA DICEROBOH TIKUS? Gunakan 3 Bahan Ini

Didihkan air dan hancurkan buah pisang dengan sudu kayu
Tambahkan air pada puri pisang sebentar tadi dan biarkan ia menyejuk selama setengah jam
Tambah madu dan kacau sehingga rata
Minum 100 milimeter daripada air campuran pisang dan madu berkenaan 4 kali sehari. Pastikan ia dipanaskan terlebih dahulu sebelum minum.

Menurut pakar nutrisi, buah pisang berkesan meningkatkan tahap serotonin, di mana ia membantu anda tidur dengan lebih baik.

Walau bagaimanapun, ia hanya berkesan terhadap pisang yang masak ranum sahaja (terdapat tompokan coklat). Elakkan pisang muda ya!

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!