≡ Menu

Ramai Tak Tahu Kegunaan Ara Songsang Untuk Mengubati Tiroid!


Tahukah anda bahawa Rumput Israel mampu merawat penyakit tiroid? Mungkin tidak semua dikalangan kita mengenali tumbuhan ini.

Nama lain bagi rumput israel ialah seperti berikut:

  • Ara songsang
  • Chinese Violets
  • Justicia Gangetica (nama saintifik)

Rumput ini biasanya tumbuh meliar dan tidak dipedulikan
Herba ini sebenarnya boleh juga dimakan. Kalau digoreng dengan udang atau bebola ikan memang sedap. Selain mampu merawat penyakit tiroid ia juga digunakan untuk mengurang jerawat, menyejukkan badan semasa demam panas, merawat asma dan juga sebagai fiber.

TIROID (SECARA RINGKAS)

Tiroid merupakan kelenjar yang berbentuk seperti rama-rama. Ia terletak di bahagian hadapan leher yang bertanggungjawab menghasilkan hormon tiroid.

Kelenjar tiroid diperolehi daripada diet pemakanan seperti garam dan makanan laut (menggunakan zat iodin) dalam menghasilkan hormon tiroid.

Penyakit Tiroid
Bentuk tiroid seperti rama-rama
Hormon tiroid sangat penting untuk mengawal metabolisme dan fungsi tubuh badan manusia seperti tumbesaran dan mengawal metabolisme protein dan lemak dalam badan.

BACA:  Himpunan Doa Mustajab Hari Arafah! Jom Berdoa PAda Waktu Mustajab Ini!

Penyakit ini banyak menyerang kaum wanita terutamanya wanita yang baru selepas bersalin.

Lebih merungsingkan sekiranya berlaku hipertroid dimana kadar hormon tiroid yang berlebihan dan terlalu aktif (hipertirod) dimana ia berpunca daripada penyakit auto imun kerana badan manusia menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid yang aktif sehingga menghasilkan hormon tiroksin yang berlebihan.

CARA RAWATAN TRADISIONAL TIROID

Menurut seorang perawat tradisional, orang tua-tua dahulu, jika ada sesiapa atau mereka sendiri diserang penyakit tiroid, mereka akan mencari tiga bahan ini iaitu:

  • Rumput Israel
  • Akar lalang
  • Kapur sirih

CARA RAWATAN

1. Ambil rumput israel dan tumbuk hingga hancur. kuantitinya mengikut besar tengkuk pesakit.

2. Bakar akar lalang hingga menjadi arang dan di tumbuk sehingga lumat.

BACA:  Rasa Macam Ada Gangguan, Ini Cara Menemukan Barangan Sihir Yang Dihantar Pada Kita

3. Ambil akar lalang yang ditumbuk lumat tadi sebanyak satu sudu teh dan campurkan dengan setengah sudu teh kapur makan (jangan terlebih nanti melecur kulit).

4. Campur semua bahan, kacau sehingga sama rata dan tampalkan pada tengkuk yang membesar itu.

5. Lakukan setiap hari sehingga nampak perubahan.

Insya Allah jika kita dapat melakukannya setiap hari dalam masa dua minggu, kesannya dapat dilihat. Biasanya cara ini berkesan. Inilah cara orang tua-tua dahulu merawat penyakit tiroid.

PERINGATAN

Sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat jika tiada tanda-tanda untuk sembuh atau jika tiroid semakin membesar.

Apa pendapat anda? Sila komen dan share jika anda rasa ianye memberi manfaat.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!