≡ Menu

Penting! Sila Ikut Pesanan PDRM Ini Jika Tidak Mahu Tertipu Dengan Macau Scam!


Seringkali kita mendengar samada melalui berita televisyen atau surat khabar atau viral di media sosial bahawa seseorang telah mengalami kerugian kerana ditipu. Pihak Polis telah mengeluarkan berbagaia amaran dan nasihat serta tips elak ditipu tetapi masih ada yang menjadi mangsa.

Mangsa yang ditipu bukan hanya orang-orang biasa tetapi ada juga yang berpelajaran tinggi dan bekerjaya. Mereka ditipu bukannya sedikit, bahkan mencecah puluhan ribu ringgit. Paling menyedihkan ada mangsa baru saja berpencen. Ingat! Bukan senang kita hendak mendapatkan wang sebanyak itu dalam masa yang singkat dan jangan biarkan kita ditipu dengan mudah.

Antara tajuk berita mengenai penipuan oleh Macau Scam
Kenapa mereka di tipu?

Kita tidak akan ditipu jika kita bijak menangani sesuatu masalah dan tahu serba sedikit hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang. Jangan terlalu leka dengan media sosial yang berbentuk hiburan sahaja, cuba buka minda kita dengan membaca dan memberi tumpuan juga kepada topik-topik informasi yang lain.

Berhati-hati dengan setiap panggilan telefon
Jika Anda Tidak Mahu Ditipu, Dengar Nasihat Ini
Justeru itu, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati agar tidak ditipu oleh penipu (scammer) yang sedang berleluasa di negara ini. Cara penipuan mereka hanya dengan melalui panggilan telefon.

BACA:  Khasiat Ubi Kayu Yang Mengejutkan Ramai Orang Yang Berdiet!

Oleh itu, ikuti dan patuhilah nasihat seperti berikut:

PATUHI NASIHAT INI JIKA TIDAK MAHU DITIPU

  • Jangan jawab sebarang panggilan telefon, tidak kira siapa mereka samada mereka mengakui Polis, Kastam dan sebagainya, jika perbincangan menjurus kepada kad bank anda. Sila putuskan panggilan tersebut. Jika anda terus mendengar, anda akan takut dan mlua terpengaruh.
  • Jangan terus bercakap atau melayani mereka jika mereka bercakap tentang anda telah memenangi sesuatu. Jika anda terus mendengar akhirnya anda akan berminat dan anda akan tertipu. Sila putuskan sahaja panggilan tersebut.
  • Jangan melayani mereka jika mereka bercakap tentang Cukai Keselamatan Awam dan Jabatan Hasil Dalam Negeri. Semua urusan sebegini hanya di pejabat berkenaan dan anda akan dihantar surat notis jika ada. Sila putuskan panggilan tersebut sebelum anda takut dan tertipu.
  • Jika anda menerima sms, whatsap dan lain-lain mesej teks, jangan klik pada sebarang pautan yang diberikan. Padam (delete) kesemua mesej tersebut.
  • Jangan jawab semua panggilan telefon yang bermula dengan 08-111.
  • Jika anda boleh dan mampu melakukan semua yang di atas, anda tidak akan ditipu. Sila ingatkan kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan anda.
BACA:  Subhanallah! Sebutir Kurma Punca Doa Nabi Ibrahim Tidak Dimakbulkan Allah Selama 4 Bulan.

Jika anda hendak juga membayar kerana terpengaruh sekalipun, anda dinasihatkan membuat semakan akaun yang digunakan bagi tujuan penipuan pada pautan http://ccid.rmp.gov.my/semakmule sebelum melakukan sebarang transaksi.

Anda tidak perlu berfikir panjang, jika panggilan yang diterima mirip seperti saranan di atas, putuskan sahaja panggilan tersebut.
Pihak berkuasa tidak akan menelefon anda jika urusan-urusan seperti di atas, melainkan kecemasan seperti kemalangan dan kematian. Biasanya mereka akan memaklumkan tempat kecemasan tersebut seperti Hospital, Balai Polis dan lain-lain lagi. Bukannya anda di arahkan datang ke bangunan rumah kedai atau apa-apa bangunan persendirian

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!