≡ Menu

Patutlah Di Siam, Buah-Buahan Selalu Je Ada Tak Kira Musim! Inilah Rahsia Orang Thailand Buat Pokok Galak Berbuah!


Seperti ramai kita tahu, teknologi negara jiran Thailand begitu maju ke depan berbanding dengan pertanian di negara kita, boleh dilihat dengan mesin-mesin yang digunakan di sana untuk pertanian, ada yang belum pun sampai ke negara kita tetapi sudah ada di sana.

Ada yang mengatakan petani di sana menggunakan banyak baja dan racun kimia, tetapi tahukah anda sebenarnya di sana ramai pertani telah bertukar kepada baja organik yang dihasilkan dengan bahan semula jadi yang hasilnya lebih baik berbanding baja kimia.

Jom baca perkongsian dari page Ladang Muhammad rahsia pekebun Thailand ini hasilkan hormon air kelapa dengan telur sebagai vitamin pokok cepat berbunga dan berbuah lebat.

BACA:  Sibuk 'bebenor', tabiat buruk Trump suka tonton televisyen sehingga lapan jam sehari didedah

Geram tak tengok pekebun-pekebun di Thailand pokok buahnya yang masih muda tapi buah merimbun. Malah ada buah lebih banyak dari daun. Ada orang kata mereka guna baja kimia. Tapi hakikatnya bahan mudah diperolehi ini yang digunakan untuk membuat hormon penggalak buah. Anda patut cuba.

Bahan-bahan:

2 kg Kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
2 kg Gula Perang
1 biji Ragi tapai
1 botol Yakult
2 kotak Susu segar
2 biji Air kelapa muda

Cara-cara:

Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering
Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas
Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali
Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan
Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur
Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali

BACA:  Muslim Seluruh Dunia Digesa Segera Melawat Baitulmaqdis - Menteri Luar Palestin

Menurut perkongsian portal Maetmut Garden, vitamin ini berperanan sebagai vitamin dan baja ssemula jadi sekaligus menggantikan penggunaan racun kimia.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!