≡ Menu

Nasihat Doktor Pakar Untuk Penggemar Durian! Baca Dulu Sebelum Ngapp!


Tibanya musim durian, pasti akan kita lihat lambakan gerai-hgerai buah di bahu jalan sama ada di bandar mahupun di kampung. Buah ini boleh dikatakan menjadi kegemaran separuh daripada rakyat Malaysia misalnya.

Namun, dalam keseronokan menjamah isi buah yang lembut dan manis itu, terdapat beberapa pantang larang dan jika seseorang terlebih makan silap haribulan boleh demam dan menyebabkan tidak selesa pada badan.

Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa durian ini mempunyai banyak nutrisi yan penting dalam buah berkenaan. Perkongsian yang menarik ini dikongsikan oleh melalui laman blognya untuk para pembaca mengenal 8 nutrisi durian antara sihat atau nikmat dunia.

Antara 9 soalan mengenai nutrisi durian dan penjelasannya:
1. Kepentingan nutrisi yang ada dalam durian.

Durian atau nama saintifiknya adalah Durio Zibethinus memang enak dan berlemakserta mempunyai nutrisi. Ramai yang menyukainya dan makan terlalu banyak sehinggakan tidak ada yang mengetahui tentang manfaat dan keburukannya.

Untuk pengetahuan anda, isi durian mengandungi 65% air, 27% karbohidrat termasuklah 4% serat, 5 % lemak dan 1% protein. Untuk pengetahuan anda lagi, isi durian mengandungi asid amino trytophan yang menjadi sumber utama untuk membentuk hormon serotonin dan melatonin membantu untuk kita berasa tenang dan mudah tidur.

Selain itu, kita juga memerlukan pelbagai jenis vitamin B sebagai sumber utama dalam pembentukan darah merah serta memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik. Di samping itu, durian juga mengandungi potassium untuk mengawal tekanan darah, kesihatan jantung, otot dan tulang.

2. Kenapa pesakit diabetes dan darah tinggi dinasihatkan untuk kurangkan pengambilan durian?

Mungkin tidak semua tahu bahawa penyakit diabetes ini adalah masalah metabolisme karbohidrat. Isi durian sangat banyak karbohidrat iaitu gula yang terdiri dari glukos dan fruktosa yang tinggi. Ini disebabkan tahap gula dan darah akan melambung naik dan memberi kesan buruk kepada pesakit.

BACA:  Ingatkan Perbuatan "Membawang" Itu Hanya Merosakkan Amalan Dan Perangai, Rupa-Rupanya Ada Juga Masalah Kesihatan!

Bagi orang yang sihat, tahap gula yang tinggi metabolisme akan menyebabkan tubuh mejadi panas. Jika diambil sebelum pada waktu malam, ia mungkin menyebabkan rasa tidak selesa kerana panas badan jika mengambil dalam kuantiti yang banyak.

Durian juga mempunyai bahan sulfur yang menyebabkan kentut kita berbau kuat dan kembung perut. Bagi pesakit darah tinggi, pengambilan isi durian secara sederhana tidak memberikan kemudaratan bahkan mungkin dapat membantu menrunkan tekanan darah.

Namun, pesakit kronik yan inginkan durian. perlu berhati-hati dan bincang dengan doktor yang merawat terlebih dahulu.

3. Berapa banyak ulas yang disyorkan untuk makan secara betul?

Bagi mereka yang sihat, sekadar 2-3 ulas untuk sekali hidang sudah mencukupi. Jika anda ingin mengawal supaya tidak pengambilan tidak terlalu banyak, dicadangkan untuk makan secara beramai-ramai.

Semua orang tahu, kesan jika makan durian bersama makanan yang mempunyai karbohidrat tinggi terutamanya kek manis atau minuman bergas. Kesannya peningkatan gula akan meningkat secara mendadak dan menyebabkan orang yang sihat akan mudah pitam.

Bagi orang yang makan durian bersama minuman berkafein seperti kopi,koko dan teh ia mungkin memberikan rangsangan pada jantung. Untuk elakkan perkara yang tidak patut terjadi, maka haruslah kita banyakan minum air kosong untuk mengelakkan dehidrasi.

4. Terdapat pantang larang yang sering di war-warkan dalam media sosial, apakah yang perlu dielakkan sebenarnya?

Tiada bukti yang kukuh tentang tidak boleh ambil ketika makan isi durian. Apayang dikongsikan di media sosial mungkin hanya anggapan atau pengalaman orang dulu. Menurut Dr Zubaidi, kemudaratan mungkin berlaku jika seseorang mempunyai penyakit kronik sedar atau tidak memakan terlalu banyak dan tidak minum air kosong yang mencukupi.

BACA:  Suami Patut Berhati-hati Jika Isteri Turut Bekerja Menanggung Belanja Rumah

Gambar Hiasan
5. Kesan jika ibu mengandung dan kanak-kanak jika mengambil durian secara berlebihan?

Durian akan meningkatkan gula dalam darah menyebakan rasa panas akibat metabolisme gula dan rasa kembung. Jadi ia tidak sesuai diambil banyak oleh kanak-kanak.

Bagi wanita hamil,juga tiada bukti iamemberikan kesan buruk. Tetapi dari pengalaman orang lama,ia boleh menyebabkan keguguran terutama di awal kehamilan jika diambil dalam kuantiti yang banyak.

6. Bolehkah mengambil durian bersama ubat? Apa kesannya?

Bagi mereka yang mengambil ubat-ubatan perlulahberhati-hati kerana ada ubat yang mudah diserap dalam badan apabila perut kita diisi dengan makanan. Tetapi lain pula bagi pesakit diabetes harus mengambil ubat dengan segera walaupun ketika makan durian.

7. Jika individu ada simpton pening kepala selepas makan durian menandakan tekanan darah tinggi atau kandungan gula darah tinggi?

Rasa pening kepala hanya berlaku pada individu yang memakan banyak durian kerana ia meningkatkan gula dalam darah secara tidak langsung memekatkan darah. Isi durian juga menyebabkan rasa kembung perut dan merangsangkan rasa pening, mual dan muntah.

8. Nasihat untuk pesakit yang ada penyakit 3 serangkai tetapi gemarkan makan isi durian.

Kepada mereka yang ada penyakit kronik, eloklah untuk ambil pendekatan ‘merasa’ dan bukan ‘makan’. Sudah diketahui musim durian ada setiap tahun, mungkin sudah pernah makan sudah bertahun tahun tetapi apalah sangat kalau kita mengambil inisiatif untuk ‘merasa’ sahaja.

Dan selalulah pergi membuat pemeriksaan dan nasihat doktor yang selalu merawat. Semoga ia bermanfaat kepada semua.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel