≡ Menu

Muka Penuh Hama! Ini Yang Anda Perlu Tahu Jika Muka Sering Gatal!


Sedarkah anda, wajah anda penuh dengan hama? Ia dipanggil ‘demodex’, makhluk bersaiz mikro ini hidup berhampiran dengan folikel rambut- di dalam kulit muka yang kita sendiri tidak nampak atau sedari.

Hama yang berada di dalam kulit muka ini memakan minyak pada kulit dan melakukan intimasi untuk berkembang semasa kita tidur.

Gif mikroskopik memberikan gambaran mendalam tentang bagaimana hama ini menghabiskan masa di muka anda; iaitu dengan meremukan lapan kakinya dan mengangakan mulut untuk memakan minyak dan sel kulit.

Anda sukar untuk melihat gejala ‘infestasi demodex’, tetapi ia menjadi salah satu faktor penyebab kepada masalah kulit seperti jerawat.

Dalam ujian pengesahan, pengkaji mengambil hama dari bulu mata dan cuba menghubungkan dengan kulit orang lain. Dan keputusan pemerhatian mendapati bahawa hama lebih suka hidup dan membiak di tuan rumah yang lebih tua yang cenderung mempunyai lebih banyak kulit mati dan berminyak.

BACA:  Kadang-Kadang Geram Tengok Lelaki Solat Tapi Rambut Bertocang. Ini Hukumnya!

Spesis hama muka, yang dikenali sebagai Demodex Folliculorum, ada di dalam telinga manusia, kening dan bulu mata serta rerambut yang menutupi puting dan dibahagian alat kelamin.

Hama ini hidup selama dua hingga tiga minggu. Dan ketika tempoh itu, hama spesis betina sudah bertelur di dalam kulit dengan bilangan sekitar 15 hingga 20 biji telur di dalam folikel rambut, berhampiran dengan kelenjar sebaceous.

Telur yang ditinggalkan ini kemudianya menjadi larva, yang membesar dengan 8 kaki. Hama dewasa ini hidup bergantung kepada jantina, iaitu hama betina akan tinggal di satu lokasi dan hama jantan akan meninggalkan folikel rambut dan bergerak ke tempat lain untuk mencari pasangan.

Walaupun begitu, mereka tidak pergi jauh, hama hanya boleh berjalan sekitar 10mm dan cenderung lebih ‘hidup’ pada waktu malam. Dengan pembiakan ini, dan para pengkaji sepakat hama ini boleh mendatangkan pelbagai gangguan kulit dan mata termasuk rosacea dan blepharitis.

BACA:  Senarai Amalan Yang Menyumbangkan Pahala Selepas Mati. Perbanyakkan Amalan-Amalan Ini.

Apabila hama ini mati, ia akan mengeluarkan bakteria bacillus, yang membuatkan keradangan pada pesakit yang mempunyai rosacea, yang membawa keburukan seperti rosacea papulopustular.

Rosacea boleh menyebabkan pembuluh darah di muka melebar, yang menyebabkan kulit muka kemerahan sehingga jika terkawal boleh muka boleh menjadi bengkak, biji-biji merah timbul dan menyakitkan sehingga terjadi jerawat dan nanah.

Mereka yang mengalami serangan hama yang teruk akan mengalami simptom seperti gatal-gatal pada kelopak mata, terutama jika mereka baru bangun tidur.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel