≡ Menu

Muka Naik Jerawat? Mungkin Anda Makan 6 Jenis Makanan Ini!


Alamak! Jerawat naik lagi la. Setiap individu memang tidak akan terlepas dari mengalami dilema apabila jerawat tumbuh, terutamanya golongan wanita.

Tapi pernah tak anda terfikir kenapa jerawat boleh tumbuh pada permukaan kulit wajah anda? Tidak dinafikan, memang ada sesetengah orang mengalami masalah kulit dan cenderung ada masalah jerawat. Dan faktor-faktor lain yang menyebabkan jerawat antaranya termasuklah bakteria dah hormon.

Namun menurut kajian yang diperolehi menerusi healthline.com, diet seseorang juga turut menyumbang kepada masalah tersebut. Ini bermaksud, terdapat juga golongan individu yang mudah naik jerawat akibat reaksi terhadap sesetengah makanan.

Punca Jerawat Timbul Di Muka
Ini di antara beberapa jenis makanan yang menjadi punca jerawat timbul di muka:

1. Gula Putih & Refined Carbohydrate
Menurut kajian ahli dermatologi Marina Peredo, M.D., gula putih mengandungi agen keradangan yang boleh memburukkan kondisi kulit, terutamanya bagi mereka yang berkulit sensitif. Selain gula putih, karbohidrat berproses (refined carbohydrate) juga boleh menaikkan kadar gula dengan cepat dan mudah menyebabkan jerawat, seperti:

Roti putih
Biskut atau bijirin
Nasi putih
Soda dan minuman manis

BACA:  6 Tips Bezakan Madu Asli Dengan Madu Tiruan

2. Makanan Berlemak & Bergoreng
Selain dari makanan gula dan tinggi karbohidrat berproses (refined carbohydrate), seseorang yang cenderung mengalami masalah jerawat juga dinasihatkan agar mengelakkan makanan berlemak dan bergoreng.

Ini kerana makanan seperti ini akan meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah yang diperolehi daripada karbohidrat dan lemak.

3. Produk Tenusu
Walaupun susu mengandungi banyak kebaikan, tetapi ada juga kajian yang mengaitkannya dengan masalah jerawat terutamanya dalam usia remaja.

Namun jika seseorang mengalami masalah kulit, anda mungkin perlu lebih berhati-hati kerana ia dipercayai mengaktifkan kelenjar sebum dan menyebabkan wajah seseorang cenderung menjadi lebih berminyak lalu menyebabkan jerawat.

4. Minuman berkafein & berkarbonat
Secara amnya, minuman berkafein ini boleh mengganggu tidur anda di samping merembeskan hormon penyebab stres.

Selain itu, minuman berkarbonat juga perlu dijauhi kerana minuman ini bukan saja tidak sihat, malah kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan kulit berminyak dan memburukkan keadaan kulit yang berjerawat.

5. Makanan Diproses & Makanan Segera
Makanan segera juga adalah antara salah satu punca jerawat mudah tumbuh di muka. Terutamanya bagi seseorang yang mempunyai kulit sensitif dan mudah cenderung kepada masalah ini.

BACA:  Solat Di Tingkat Berasingan Walaupun Saf Di Tingkat Bawah Belum Penuh? Ini Jawapan Mufti

Mana-mana makanan yang bukan dari sumber asli ini biasanya mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi. Di samping itu, ia juga turut diperasakan dengan pelbagai jenis bahan kimia dan pengawet.

Jadi, anda perlu jauhi mengambil makanan jenis ini walaupun ia sangat mudah dan senang dinikmati pada bila-bila masa.

6. Makanan Pedas
Rata-rata masyarakat di Malaysia memang sinonim dengan makanan pedas. Tetapi mungkin ramai yang tak tahu bahawa sebenarnya makanan pedas boleh mengaktifkan kelenjar peluh dan menyebabkan muka kita cepat berminyak. Secara tak langsung, ia boleh menyebabkan kulit bermasalah.

Bagi yang suka makan pedas, kenalah rajin-rajin basuh muka bila berpeluh agar tidak mengundang bakteria dan mengelakkan pori tersumbat.

Kesimpulan
Untuk mengatasinya, anda disarankan supaya banyakkan meminum air kosong dan mengamalkan pengambilan makanan daripada sumber yang sihat seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayuran. Ini kerana, ia bukan saja baik untuk kulit, tetapi juga untuk tubuh anda seluruhnya!

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel