≡ Menu

Mencari Pasangan Yang Diredhai Allah, Bukan Menurut Nafsu


Dalam membina rumah tangga yang harmoni dan bahagia, tentunya setiap insan yang bergelar manusia meginginkan pasangan yang baik dan sempurna. Pasangan yang berkedudukan tinggi, berharta, tampan dan cantik sering menjadi keutamaan dalam memilih pasangan untuk dijadikan teman hidup.

Namun, anda harus ingat, bahawa ia bukanlah jaminan untuk membentuk rumah tangga yang bahagia. Sesungguhnya nilai-nilai murni yang ada dalam sikap individu itu harus dipandang terlebih dahulu. Paling penting, akhlak dan akidah haruslah seiring dengan tuntutan syariat agar kehidupan rumah tangga lebih sejahtera.

Tidak semua manusia di atas muka bumi ini dapat seperti apa yang diimpikan. Setiap insan berhak untuk membuat keputusan dalam memilih calon pasangan mereka, namun, janganlah sehingga mengabaikan kriteria-kriteria yang wajib di sisi islam. Sebaiknya ,pilihlah pasangan yang baik dan sempurna agar kehidupan selepas berumahtangga lebih cemerlang. Jom kita lihat kriteria yang perlu diambil kira dalam memilih jodoh yang baik dan sempurna menurut syariat islam!

1. KECANTIKAN DAN KETAMPANAN

Ini jelas terbukti dimana setiap individu pasti menekankan paras rupa terlebih dahulu dalam mencari pasangan hidup. Wanita mahukan lelaki yang tampan manakala lelaki mahukan wanita yang cantik. Namun Sabda Rasulullah SAW ada menyatakan:

BACA:  Neelofa perlu bertaubat, muhasabah diri

“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana ingin melihat kecantikannya, mungkin kecantikan itu akan membawa kerosakan terhadap diri sendiri dan janganlah mengharapkan harta kekayaannya kerana mungkin dengan harta itu mereka menjadi sombong tetapi kahwinilah mereka itu kerana agama dan sesungguhnya hamba perempuan yang hitam lebih baik asalkan ia beragama”.

(Riwayat Ibnu Majah dab Baihaqi).

2. TAAT KEPADA ALLAH DAN RASULNYA
Ini adalah antara kriteria yang paling penting dalam tuntutan ketika memilih pasangan. Maka dalam memilih pasangan hidup, minimal seharusnya terdapat satu syarat ini. Kerana Allah SWT berfirman,

“Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian adalah yang paling bertaqwa.”

(QS. Al Hujurat: 13)

Taqwa adalah menjaga diri dari azab Allah SWT dengan menjalankan perintah-Nya dan menjauhi kemungkaran. Oleh itu, seorang muslim hendaklah berjuang untuk mendapatkan pasangan yang paling mulia di sisi Allah, iaitu seorang yang taat pada agama.

BACA:  Ternyata Muzik Juga Ada Manfaatnya. 5 Manfaat Muzik Yang Tak Ramai Tahu

3. HARTA

Kekayaan yang tidak berlandaskan agama akan membawa kepada bencana. Jika seseorang itu mencari pasangan hanya kerana melihat dari segi hartanya, nescaya Allah akan menghilangkan hartanya kerana harta akan lenyap pada bila-bila sahaja tanpa kita ketahui. Rasulullah SAW juga menyeru agar memilih pasangan hidup yang setara dalam agama dan statusnya.

Berikut beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan oleh seorang muslim yang hendak mencari pasangan hidup. Nasihat kami, selain melakukan usaha dalam memilih pasangan, jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar dianugerahkan pasangan yang baik. Seperti yang ditekankan dalam entri kali ini, mereka yang taat pada agama adalah sebaik-baik pasangan.

4. KETURUNANNYA
Dalam mencari pasangan hidup, tidak salah kalau ingin melihat faktor keturunannya. Perbezaan darjat dalam beberapa perkara akan menimbulkan permasalahan di kemudian hari. Oleh itu, maka carilah keturunan yang boleh menyenangi kamu yang bersesuaian dengan tuntutan agama dan dapat memberikan keturunan yang baik-baik.

Sumber

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!