≡ Menu

Memutihkan Gigi Menggunakan Arang. Selamat Ke? Ini Jawapan Pakar


Penulis cukup tertawan melihat individu miliki senyuman manis dibarisi gigi putih bersih, baik lelaki mahupun perempuan. Korang macam ini tak?

Walaupun pakar kata gigi kuning itu kuat dan sihat tapi lumrah manusia inginkan sesuatu yang cantik, dan contohnya gigi putih. Kalau tak nak, sudah…

Kita biasa dengar tentang pemutihan gigi menggunakan arang. Tetapi, sebelum anda mula memberus gigi dengan serbuk arang, anda harus tahu tentang kesan sampingan yang tidak menyenangkan dari trend DIY ini dan penggunaannya bahkan bahana jika dilakukan setiap hari.

BACA:  Rasulullah Menegah Suami Pulang Ke Rumah Lewat Malam! Ini Sebabnya

Bruce L. Cassis, DDS, doktor gigi dari Fayetteville menjelaskan, “Arang telah digunakan sejak beribu tahun yang lala. Malah terdapat pesakit yang mendapat menfaat daripada penggunaan arang sebagai ubat gigi.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Arang bersifat kasar, jadi ia boleh mengikis permukaan gigi. Oleh itu ia bekerja sebagai pemutih gigi. Walaubagaimanapun, perlu juga berhati-hati kerana jika terlalu kerap menggunakan arang, ia akan menghancurkan enamel gigi yang menyebabkan gigi sensitif, ” jelasnya.

Jika anda memutuskan untuk menggunakan ubat gigi arang yang diaktifkan, berus sekali setiap minggu sahaja, dan bukan untuk jangka masa yang panjang. Dr Cassis mengesyorkan mencuba ubat gigi arang dari jenama yang berdaftar dan diiktiraf. Jika anda mengalami sebarang gejala ini, hentikan penggunaan ubat gigi arang segera dan buat temujanji dengan doktor gigi anda.

Cara terbaik untuk pemutihan gigi…
Trey Wilson, DDS, dari New York berkata untuk pendekatan yang lebih semulajadi, dia menyarankan untuk mengusap kulit oren ke atas gigi dan dalam, “Ia mungkin berfungsi secara perlahan tetapi selamat.”

Yang pasti sebelum mencuba sesuatu, dapatkan nasihat pakar dan jangat main guna sesuka hati.

Selamat Beramal!

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel