≡ Menu

Memanggil Isteri Dengan Panggilan Mummy, Mama. Adakah Ia Jatuh Hukum Zihar?


Dalam perhubungan suami isteri, selalunya setiap pasangan akan mempunyai nama gelaran yang diberi kepada pasangan mereka. Perkataan sayang, abang atau sebagainya yang digelar kepada pasangan bukan sahaja mengeratkan hubungan malah menambahkan rasa cinta.

Namun, timbulnya persoalan apabila terdapat sesetengah pasangan iaitu suami yang memanggil isterinya dengan gelaran seperti mama, ibu atau ummi. Perkara ini seakan sudah menjadi kebiasaan namun adakah di dalam Islam panggilan tersebut dibolehkan atau jatuh ke dalam hukum zihar?

Suami panggil isteri dengan panggilan yang biasa dipanggil dengan mahrom seperti ummi, ibu. Adakah ianya jatuh hukum zihar?

Apakah maksud zihar?

Zihar ialah menyamakan punggung atau mana-mana bahagian tubuh isteri dengan punggung atau mana-mana bahagian tubuh wanita yang haram dikahwini oleh suami selama-lamanya seperti ibu kandung suami.

BACA:  Rasulullah Menegah Suami Pulang Ke Rumah Lewat Malam! Ini Sebabnya

Contoh suami cakap kat isteri, “punggung awak sama macam punggung mak saya”.

Maka penyamaan ini dari sudut suami anggap haram isteri itu disetubuhi sebagaimana haram dia bersetubuh dengan ibu kandungnya.

Zihar pada zaman jahiliyyah dianggap sebagai bentuk talak. Hukumnya haram dan berdosa besar.

Tapi, hari ni kalau ada suami panggil isterinya mama, ibu, ummi atau yang sewaktu dengannya, adakah panggilan ini sama dengan hukum zihar?

Maka kena bandingkan hakikat zihar yang ada dalam syariat dengan budaya panggilan ni.

Sebahagian ulama mengatakan makhruh kerana bimbang sama macam zihar.

BACA:  Hati-Hati Kalau Bercuti Di Korea Selatan, Anda Mungkin Tak Sedar Perbuatan Anda Di Dalam Hotel Dirakam

Tapi sebahagian ulama lain mengatakan harus dan takder masalah sebab panggilan suami tu tak bermaksud menziharkan isteri kerana niat para suami ialah panggilan kasih sayang.

Panggilan untuk mendidik anak-anak supaya panggil macam tu kat mak diorang. Panggilan yang bermaksudkan isteri itu adalah ibu kepada anak-anak suami, bukan ibu kepada suami.

Kesimpulannya, suami boleh panggil isteri dengan panggilan di atas dengan syarat dan niat di atas dan tak jatuh hukum zihar.

Isteri juga boleh panggil suami dengan panggilan ayah atau abi.

Sumber

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel