≡ Menu

Masya’Allah!! “Don’t Say No to Children” Agenda Yahudi yang Tidak Kita Sedari!


Kerap kali kita menemui perkongsian dalam media sosial berkaitan isu keibu-bapaan, yang diambil daripada kajian dan petikan kata-kata penyelidik dalam bidang psikologi kanak-kanak, khasnya kajian yang datang dari barat.

Antara yang paling popular dan kerap benar dikongsi, adalah berkenaan satu perkara yang memainkan pengaruh besar mengubah peranan ibu bapa zaman moden ketika ini – keupayaan ibu bapa untuk menegah anak daripada melakukan sesuatu perkara.

Dewasa ini, kita sering terdengar pendapat-pendapat yang menyokong ibu bapa supaya memberikan kebebasan kepada anak-anak untuk memilih, belajar sendiri daripada kesilapan dan berani melakukan sesuatu perkara baru. Asas yang selalu sangat diulang-ulang adalah peranan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak, kini sepatutnya lebih kepada seorang fasilitator.

Bukan lagi sebagai seorang yang akan menegah anak dalam menentukan perkara mana yang baik dan yang buruk.

‘DON’T SAY NO TO YOUR CHILDREN’ ADALAH AGENDA YAHUDI

Bagaimana anak-anak yang terhasil nanti andainya seumur hidup mereka, mereka tidak pernah rasa ditegah?

Menurut buku ‘The Dilemma of A Muslim Psychologist’ yang ditulis oleh Prof. Dr. Malik Badri, warganegara Sudan bekas pensyarah UIA dan ISTAC, beliau percaya agenda ‘don’t say no to your children’ sebenarnya adalah satu agenda jahat orang Yahudi dalam merosakkan peribadi anak-anak kita.

Masalahnya, dalam zaman media sosial ini, agenda-agenda ini amat mudah disebarkan berikutan tabiat masyarakat kita, yang gemar berkongsi apa saja artikel yang dilihat mempunyai kredibiliti tanpa memikirkan kesan sebenar perkongsian artikel-artikel tersebut secara lebih mendalam.

BACA:  10 Fakta Kenapa Babi Haram Menurut Islam. Yang No 7 Tu Memang Tepat

RUJUKLAH SURAH LUQMAN

Mari kita lihat dalam sumber rujukan kita sendiri, kitab al-Quran; kita sendiri dapat melihat banyak sekali peringatan apabila ditafsirkan sebenarnya banyak menggunakan cara menegah ‘jangan melakukan sesuatu’ seperti di dalam surah Luqman yang menceritakan tentang dialog di antara Luqman al-Hakim dengan anaknya :

Ayat 13

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.

Ayat 15

“Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”

Ayat 18

Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.

KAJIAN SARJANA BARAT DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT

Sungguh jelas dalam kisah yang disampaikan melalui surah Luqman melalui peringatan-peringatan Luqman al-Hakim pada anaknya menggunakan perkataan ‘jangan’ sebagai peringatan, jadi mengapa pula kita lebih mahu mempercayai pandangan sarjana barat lain yang berbeza – kononnya mahu mengikut gaya mendidik era zaman moden?

BACA:  Najib bantah sistem umrah IMAMS

Sudah terlalu banyak kejadian-kejadian yang dapat dilihat bila ibu bapa pula yang menjadi hamba kepada anak-anak mereka. Apa saja yang dimahukan anak akan diturut. Apa saja yang mahu dibuat anak, akan disokong atas alasan mahu mereka meneroka dan menyemai kreativiti serta pemikiran kritikal sejak awal.

Apa akan jadi pada anak-anak yang tidak pernah berhadapan dengan perkataan ‘jangan’ ini?

Mereka membesar tidak ada kekangan. Anak-anak dibiar duduk di atas meja makan dengan selipar, kerana dikatakan mahu dia berani. Anak-anak dibiar saja meraung tanpa si ibu atau bapa mahu mendisiplinkan anak dan akhirnya ibu bapa mengalah, apabila sudah malu. Ibu bapa pula yang perlu belajar tentang malu, sementara si anak tidak dididik apa itu adab dan tingkah laku yang sepatutnya membuat dia malu.

Pengaruh-pengaruh sarjana barat dalam bidang psikologi seperti Albert Bandura atau Ivan Pavloc memang tidak dapat dinafikan membantu kita memahami berkenaan tabiat manusia namun kajian-kajian psikologi yang diteruskan oleh penyelidik-penyelidik selepas itu mula menampakkan terasingnya elemen kerohanian dalam kajian mereka, sedikit demi sedikit.

Jadikanlah apa yang terkandung dalam ayat-ayat surah Luqman sebagai panduan dan mulalah berkata ‘jangan’ kerana anak-anak perlu sempadan, tanpa risau kita dianggap ketinggalan zaman.

sumber: iluminasi

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!