≡ Menu

Manifesto dan Janji Pilihan Raya


“Alangkah baiknya jika janji yang diucapkan disertakan dengan ucapan Insha Allah yang mana maksudnya adalah ‘jika Allah kehendaki’. Ianya bukan ucapan semata-mata ucapan, bahkan ia adalah satu tanda ubudiyyah dan penyerahan urusan kepada Allah SWT. Kerana Allah lah yang menentukan segalanya. Manusia tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Ucapan ini adalah satu perintah dari Allah swt agar menyerahkan segala urusan kepada-Nya.

Firman Allah SWT :

وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَٰلِكَ غَدًا ﴿٢٣﴾ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّـهُ ۚ وَاذْكُر رَّبَّكَ إِذَا نَسِيتَ

Maksudnya: “Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti. Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “Insya Allah”.Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa”

Surah al-Kahfi :23-24

Kata Ibn Kathir: “Ayat ini merupakan petunjuk daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW berkaitan adab yang mana apabila seseorang telah berazam untuk melakukan sesuatu pada masa hadapan, dia perlu mengembalikannya kepada perancangan Allah Yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib. Dia Maha Tahu perkara yang telah berlaku, yang sedang dan yang akan berlaku. Bahkan Dia Maha Tahu apa yang tidak akan berlaku dan bagaimana ianya berlaku.” (Rujuk Tafsir al-Quran al-‘Azim, 3/77)

BACA:  'Ah! Nasi basi tu nanti letak saja kicap banyak-banyak, habis juga' - Bekas chef kantin dedah murid dianiaya pengusaha kantin yang tidak bertanggungjawab

Oleh itu, apabila ingin melakukan sesuatu, atau mengucapkan janji, maka Allah mengajarkan hamba-Nya untuk mengembalikan kesemua itu kepada Allah SWT dengan ucapan Insyaallah. Ini adalah adab yang diajarkan agar kita bersedia kerana sebagai manusia kita hanya mampu menyusun dan merancang sedangkan Allah lah yang menentukan segalanya. Apatah lagi jika janji yang diucapkan adalah melibatkan perkara yang besar seperti pentadbiran negara dan maslahat-maslahat yang melibatkan rakyat.

Sebagai kesimpulan, kami mencadangkan agar setiap manifesto yang hendak dikemukakan adalah manifestasi dari kehendak dan keperluan rakyat yang mana ianya perlulah bersifat teras, mementingkan kehendak dan maslahat rakyat serta ada kebarangkalian dan kemampuan untuk dilaksanakan sebaik mungkin.

Sebagai penutup, suka untuk kami nukilkan Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin berkaitan musim Pilihan Raya pada kali ini:

BACA:  Pekerjaan Yang Dilakukan Oleh Nabi-Nabi Dan Yang Tercatat Didalam al-Quran

“Berlatarbelakangkan pengalaman 13 kali Pilihan Raya Umum sebelum ini, warga wajib mempamerkan kebijaksanaan berpolitik dengan mengamalkan budaya demokrasi secara matang, Pada setiap masa, wajib dipelihara dan wajib dipastikan, tidak diucap sebarang perkataan, dan tidak dilakukan sebarang perbuatan yang boleh mencetuskan persengketaan di antara warga.

Keselamatan negara dan ketenteraman awam terlalu berharga untuk dikorbankan disebabkan matlamat politik jangka pendek. integriti pihak penguatkuasaan undang-undang hendaklah dipelihara dengan mempamerkan amalan penguatkuasaan berlandaskan undang-undang secara adil dan saksama, yang tidak memihak dan tidak mempamerkan sikap partisan kepada mana-mana kumpulan, dan berpegang kepada prinsip kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Apa juga penentuan yang menjadi pilihan rakyat, berpeganglah kepada prinsip kepercayaan kepada Tuhan. Bahawa segala yang berlaku dan tidak berlaku, dan apa jua pencapaian atau tidak pencapaian rancangan, adalah di bawah penentuan Ilahi.”

 

Sumber: Facebook Mufti Wilayah Persekutuan

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!