≡ Menu

Manfaat Mandi Air Hujan! Tetapi Kenapa Ramai Yang Takut Nak Buat?


Orang tuan dulu-dulu, kalau hujan turun mereka akan menyuruh anak-anak masuk ke dalam rumah takut sakit kepala dan demam. Ya memang sakit kepala, selsema dan kadang-kadang memang demam. Sebenarnya kita tidak tahu kenapa boleh sakit kepala dan demam bila terkena air hujan.

Sebenarnya air hujan adalah air untuk terapi semulajadi yang Allah kurniakan untuk makhluk ciptaannya. Oleh itu jika hujan turun, elok jangan masuk rumah dulu. Mandilah air hujan itu dahulu. Anda mahu tahu kenapa? Sila terus membaca.

KENAPA DEMAM BILA KENA AIR HUJAN?

Selalunya ibu bapa melarang anak-anak mereka bermain hujan dikhuatiri demam atau sakit kepala.Ada juga yang akan diserang selsema secara automatik. Sebenarnya pemahaman kita silap.

mandi hujan
Berkurunglah kalau hujan ye!
Jika kita sakit selepas terkena atau mandi air hujan, ianya bukan disebabkan air hujan itu merbahaya tetapi banyak benda kotor di dalam badan kita yang bertindakbalas dengan air hujan tadi.

Air hujan adalah sebagai bahan pencuci untuk menyah segala kotoran termasuk gangguan syaitan. Jika kita sakit yang teruk selepas mandi air hujan, kita perlu membuat rawatan susulan.

AIR HUJAN BERFUNGSI SEBAGAI SCANNER PENYAKIT DALAM BADAN

Untuk pengetahuan anda, salah satu cara untuk mengesan segala penyakit dalam badan adalah dengan mandi air hujan. Bukan semua orang mandi akan sakit jika mandi air hujan kerana badannya tiada penyakit atau bebas dari gangguan jin.

BACA:  Hukum Menindik Di Bahagian Selain Daripada Cuping Telinga. Adakah Ia Dibenarkan Dalam Islam?

manfaat mandi hujan bagi anak
Kanak-kanak memang suka bermain air hujan jika dibiarakan
CARA MANDI AIR HUJAN DENGAN BETUL

1. NIAT

Niat dalam hati mohon pertolongan daripada Allah tujuan kita mandi air hujan. Sebagai contoh, minta Allah keluarkan penyakit dari badan kita atau menghancurkan jin yang zalim ke atas jasad kita (niatkan dan mohon pada Allah. Jadikan air hujan sebagai api dan asid yang membakar jin dalam tubuh kita).

Jika kita mempunyai anak yang degil atau hyperaktif (5 tahun ke atas), niat mohon dilembutkan hatinya agar mendengar kata. mohon hilangkan segala gangguan syaitan.

2. JANGAN TERUS MANDI JIKA HUJAN

Biarlah hujan turun selama sekurang-kurangnya 10 minit, kemudian barulah kita mandi.

3. JANGAN TADAH AIR HUJAN

Untuk tujuan terapi eloklah mandi dengan air hujan yang turun terus dari langit. Ianya tidak terkena pokok, bumbung atau ditahan dengan baldi atau baldi.

mandi air hujan
Mandilah air hujan terus dari langit tanpa melalui tadahan

4. JANGAN MANDI HUJAN GERIMIS

Mandilah dengan air hujan yang lebat bukan gerimis.

5. CARA MINUM AIR HUJAN

Tadah air hujan terus dari langit ke bekas kecil untuk dibuat minum. Ini juga sebagai satu penawar.

BACA:  Teh Hijau Untuk Menguruskan Badan. Boleh Cuba Resepi Ini

6. BACA SURAH DAN AYAT SUCI

Mulakan mandi sambil baca Al-Fatihah atau lebih baik lagi dengan ayat-Ayat Kursi, Al Ikhlas, Al Falak dan An Nas. Lagi bagus jika anda mengingati ayat-ayat ruqyah yang lain mengikut jenis penyakit. Mandi sambil membaca sekurang-kurangnya 15 hingga 30 minit.

7. TANDA ADA GANGGUAN DALAM BADAN

Jika anda merasa sakit di mana-mana bahagian badan, tepuk-tepuk pada bahagian yang terasa sakit itu. Sekiranya ada rasa mual, cuba muntah untuk keluarkan. Jangan ditahan kerana ini tanda ada penyakit atau jin yang mahu keluar.

manfaat mandi hujan
Jangan mandi ketika hujan gerimis
8. SENTAL BADAN

Sental badan anda seperti menggosok daki di badan. Jika ada penyakit kulit, cara ini pun bagus untuk dilakuakan.

9. JANGAN TERUS LAP BADAN

Selesai sahaja mandi, jangan lap badan anda kecuali rambut. Biar air di badan kering sendiri.

10. BUKAN HANYA SEKALI

Jika musim hujan, seeloknya lakukan terapi ini selama sekurang-kurangnya 3 hingga 7 hari berturut-turut.

Harap-harap di lain kali jika hujan turun, jangan mengeluh. Sebenarnya ada manfaatnya samada bagi diri kita atau orang lain. Bagi orang yang beriman, turunnya hujan ia adalah sebagai rahmat dan rezeki dari Allah. Wallahu a’lam.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel